Tuesday, April 07, 2015
“Marakbar Hadi, Takbir & DAP?”
7 April 2015, Kuala Lumpur : Sejujurnya, penulis ingin mengucapkan
tahniah kepada DAP yang bijak menukar strategi dari penggunaan “PAS”,
kepada “Hadi Awang” dalam setiap pertikaian mereka berkenaan dasar
perjuangan PAS.
Ia amat berbeza ketika bersama di dalam
Barisan Alternatif, apabila kenyataan-kenyataan mereka menggunakan kata
nama “PAS”, yang merujuk kepada seluruh parti. Kini, kata nama “Hadi
Awang” digunakan bagi memberi ruang kepada ahli PAS, bahawa DAP sangat
“ikhlas” ke atas mereka, hanya Hadi Awang sebagai penghalang.
Serangan ke atas Hadi bukanlah baru, dan
ia memuncak terutamanya ketika gelora isu siapa Menteri Besar Selangor.
Pimpinan kanan DAP secara konsisten, bergilir-gilir mengkritik Hadi
berbanding PAS. Hasilnya, kini ahli PAS sendiri perlu akui bahawa mereka
mula sangsi dan pertikai kredibiliti Hadi sendiri selaku Presiden PAS.
Pencalonan Husam Musa sebagai calon untuk
menjawat jawatan tertinggi parti itu juga perlu difikirkan oleh Hadi,
bagaimana akar umbi sudah mula menerima baik kritikan-kritikan dari
pimpinan DAP ke atas Hadi. Gaya penggunaan kata nama itu telah
mengakibatkan Hadi kini bersendirian, terpinggir dan kemungkinan
tergelincir. Halusnya pemerhatian dan geraksaraf DAP, menyusup masuk ke
liang-liang roma ahli PAS. Dan tentunya, tugas penyusupan ini lebih
mudah, kerana watak “pelincir” wujud dan semarak jingga di dalam PAS.
DAP hanya perlu memberi bola tanggung, sementelahan si “pelincir”
melibas ke arah Presidennya sendiri.
Terang lagi bersuluh, kenyataan bahawa
belum ada pemimpin Pakatan Rakyat yang layak menjadi Perdana Menteri
selain Anwar Ibrahim oleh Husam Musa menjelaskan bahawa tidak perlu
untuk Hadi Awang bercita-cita membawa parti Islam itu mengepalai Pakatan
Rakyat, seraya dengan maksud, PAS tidak akan menjadi ketua, cukuplah
sebagai “kuda”.
Timbalan Presiden PAS sendiri enggan mengakui bahawa
Presiden mereka adalah calon terbaik, dan ini adalah “signal” jelas,
sesungguhnya genderang perang telah dibunyikan, dan dihalakan kepada
Presiden yang sedang gundah gelisah bersemayam di singgahsana.
“Hey Mr. Presiden, I am coming..” mungkin
itu yang sedang berlegar di kepala Husam, yang telah menerima hampir
30% pencalonan sebagai Presiden setakat ini.
Jika dilihat pencalonan terkini untuk
jawatan tertinggi parti itu, rasanya perjuangan hudud boleh diibaratkan
sebagai “sindrom melancap” Presiden, yang membawa tamsilan bahawa ianya
adalah dongengan Presiden, syok sendiri, serta tidak mewakili parti
tersebut secara satu hati.
Tidak salah untuk Hadi Awang kembali
mengenang, saat singgahsana presiden dihuni almarhum Datuk Asri Muda.
Masihkah ingat lagi, “Marakbar Asri!”? Siapa pula bakal mengikuti jejak
kumpulan 13?
Takbir! DAP! Takbir! DAP!
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment