Wednesday, May 06, 2015
Ini Bukan Soal Simpati Atau Kasihan, Ini Soal Masa Depan – Shamsul Anuar
6 Mei 2015, Permatang Pauh : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul
Anuar Nasarah berkata, pilihanraya kecil Permatang Pauh kali ini
merupakan ruang dan peluang yang terbaik buat pengundi di kawasan ini
untuk menentukan masa depan mereka dengan memilih wakil rakyat yang
benar-benar dapat memberikan masa dan tumpuan di kawasan yang mereka
wakili.
Ini
kerana menurut beliau, sudah berbelas tahun Permatang Pauh mempunyai
wakil rakyat yang tidak memberikan tumpuan kepada kawasan sehingga
menyebabkan pelbagai perkara khususnya kebajikan rakyat dan pembangunan
yang sepatutnya dilakukan oleh wakil rakyat di setiap kawasan.
“Jadi saya menyeru pengundi-pengundi di Permatang Pauh, jangan
mengundi berasaskan simpati, jangan membuat keputusan berasaskan rasa
kasihan. Ini bukan soal kasihan dan bukan soal simpati. Ini soal masa
depan diri kita dan juga generasi kita akan datang.
“Sebab itu, pengundi di Permatang Pauh kena bijak esok hari dengan
memilih calon yang saya percaya yang ditawarkan oleh Barisan Nasional di
mana beliau seorang tokoh dari golongan muda, berpendidikan, mempunyai
kelayakan dan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,”
ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Pengundi- pengundi di Permatang Pauh katanya lagi, perlu menilai
kemampuan dan kewibawaan calon dari pembangkang itu sendiri dalam dari
kemampuan beliau untuk berkhidmat dan memimpin.
“Dalam soal ini, kita boleh saja lihat bagaimana beliau memimpin
partinya sendiri. Bagi saya, beliaulah merupakan satu-satunya presiden
parti politik di dalam negara yang hanya pada nama, sedangkan hakikatnya
beliau tidak ada kekuatan dan tidak ada kuasa.
“Malah kita dapat lihat sewaktu suaminya menjadi Ketua Umum, ternyata
beliau adalah presiden parti yang tidak ada kuasa. Biarpun hari ini
suaminya berada di dalam penjara, beliau masih tidak ada kuasa untuk
membuat keputusan dan hanya mengikut apa yang diarahkan oleh suaminya
saja.
“Sebab itu saya percaya ini akan merugikan rakyat memandangkan beliau
tidak mampu untuk memikul tanggungjawab. Kita dapat lihat beliau
sebagai ADUN Kajang sendiri pun tidak mampu untuk menyelesaikan
permasalahan di kawasan itu,” jelasnya.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa BN benar-benar bersungguh dalam
memberikan komitmen dengan melancarkan manifesto sebagai satu janji
khusus buat penduduk permatang pauh.
“Manifesto ini bukanlah gula-gula untuk menarik pengundi tetapi ia
memperlihatkan keseriusan kerajaan, khususnya di Permatang Pauh untuk
menyelesaikan permasalah rakyat dalam soal pendidikan, soal pembangunan
belia dan perkara-perkara yang kita tahu menjadi masalah buat penduduk
di sini yang tidak dapat diselesaikan oleh ahli parlimen sebelum ini.
“Sebab itu saya harap, pengundi di Permatang Pauh ambillah kesempatan
ini dan undilah calon BN. Ini soal masa depan dan sudah tentulah
pilihan yang terbaik buat rakyat di sini ialah calon dari BN yang
merupakan anak tempatan, golongan muda dan profesional,” tegasnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment