Wednesday, May 06, 2015
Lembaga Lebuhraya Nafi Kadar Tol Naik Ogos Ini
6 Mei 2015, Kuala Lumpur : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menafikan
artikel ‘Kadar Tol Naik Ogos Ini?’ yang dimuat naik dalam laman web Free
Malaysia Today semalam.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md.
Salleh berkata, sehingga kini kerajaan belum membuat sebarang keputusan
mengenai kenaikan kadar tol.
“Tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada syarikat-syarikat konsesi
berhubung perkara ini. Oleh itu sebarang kenyataan atau laporan
berhubung kenaikan kadar tol adalah tidak benar,” katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, pada masa ini kadar tol bagi semua lebuh raya masih kekal pada kadar semasa.
Menurut laman web itu semalam, sebanyak 19 syarikat konsesi lebuh
raya akan menaikkan kadar tol pada Ogos ini, di samping mendakwa
kenaikan itu antara 50 hingga 100 peratus.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment