Wednesday, May 06, 2015

Penyokong PKR Serang Ahmad Maslan?

6 Mei 2015, Permatang Pauh : Suara.tv melaporkan bahawa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh diakhiri secara hodoh dan tercemar dengan insiden sekumpulan manusia yang dipercayai penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerang dan menghalang Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dari menyampaikan ceramahnya.
http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2014/10/ahmad-maslan.jpg

“Ketika sedang berceramah saya melihat penyokong PKR melakukan provokasi dengan menjerit-jerit bertujuan untuk mengangangu, namun lama kelamaan situasi menjadi bertambah panas dan saya dinasihatkan untuk berhenti dan beredar” katanya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Ahmad ketika menceritakan mengenai kejadian tersebut berkata, seorang pegawai penerangannya dan penceramah BN telah dipukul dan dicederakan.

“Ketika saya dalam perjalanan ke kereta saya melihat kumpulan lelaki tersebut telah berlari kearah saya sambil memegang bendera PKR.

“Saya sempat masuk ke dalam kereta namun seorang pegawai penerangan saya dan penceramah telah dipukul dan mengalami kecederaan” katanya lagi.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment