Tuesday, May 12, 2015

RM 188 Juta Untuk Bailout Liabiliti RM 42 Billion, Gila Apakah Ini?

aa62
EDITOR MENULIS....

12 MEI 2015

1.  Tun Mahathir menimbulkan persepsi bahawa pembelian tanah di Razak Exchange bernilai RM 188 Juta oleh Tabung Haji kerana ingin bailout 1MDB.

2.  Umum tahu, 1MDB adalah syarikat dengan nilai aset RM 52 billion dan liabiliti sebanyak RM 42 billion.  Tun Mahathir sendiri mengesahkan itu sekalipun pernah mengubah nilai RM 42 billion itu beberapa kali.

3.  Persoalannya, dengan bagaimana RM 188 Juta pembelian tanah oleh 1MDB ini boleh menyelamatkan 1MDB?  Cukupkah wang sebanyak itu untuk menampung liabiliti 1MDB sebanyak RM 42 billion?

4.  Kenapa isu bailout timbul bila 1MDB belum pun bankrap?

5.  Untuk seorang Pengerusi Proton yang tak mampu menyelesaikan masalah kerosakan auto window pada kebanyakan kereta keluaran Proton sehingga menjadi bahan ketawa pengeluar kereta lain, dakwaan nak bailout sebuah syarikat yang belum pun bankrap ini, adalah sesuatu yang melucukan.

6.   Untuk seorang bekas Perdana Menteri yang pernah didakwa menggunakan wang kerajaan dan Petronas untuk menyelamatkan begitu banyak syarikat (termasuk yang didakwa syarikat anaknya sendiri) ketika berkuasa, dakwaan bailout ini ibarat meludah ke muka sendiri.

7.  Ulang sekali lagi, nilai pembelian itu tidak sebesar zarah pun dengan liabiliti syarikat yang dikata nak diselamatkan dengan pembelian tersebut (RM188 juta berbanding RM 42 billion liabiliti).

8.  Pembelian tanah oleh Tabung Haji dari 1MDB akan menguntungkan pendepositnya kerana nilai pembangunan di kawasan itu akan naik.

9.  Soal berapa kerajaan jual kepada 1MDB dan berapa 1MDB jual kepada Tabung Haji tidak menjadi isu kerana nilai hartanah disitu akan meningkat lebih tinggi dari RM 188 juta di masa hadapan, Perunding hartanah berkelayakan sudah sahkan.

10.  Tun Mahathir mahupun Pemuda UMNO bukan perunding hartanah.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzVudmZWdCrMA9dc2Qu1fh6XZi4W1MmA7Gur9jv8OvbLD9TImEMP-GDLX1OtR4WNRoFEJJqWQW7mjSvFbuceZEdyVmPU_B690RtOEzK-XcjI-uGHYCBY-YPyca_ri0YyYyVwfomb7Vv2A/s1600/Debat+8.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment