Tuesday, June 16, 2015
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Buat Laporan Polis Terhadap Blog Parpukari
17 Jun 2015, Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin
Yahaya hari ini membuat satu laporan polis terhadap seorang blogger yang
didakwa berniat jahat menfitnah dan ingin melaga-lagakan beliau dengan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ujarnya, blog parpukari.blogspot.com tersebut telah dengan sengaja
menyebarkan fitnah kononnya beliau telah menuduh Perdana Menteri sebagai
bacul ketika berucap pada satu majlis di Tasek Gelugor Pulau Pinang.
“Dengan ini saya menafikan sekeras-kerasnya laporan yang ditulis di
dalam blog tersebut. Ia adalah satu laporan yang mungkin didalangi oleh
pihak-pihak tertentu bagi merosakkan nama baik saya dan juga nama baik
Perdana Menteri serta menjejaskan hubungan baik UMNO Tasek Gelugor
dengan Perdana Menteri.
“Laporan tersebut dengan niat jahat dan fitnah telah menuduh bahawa
saya mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bacul
kerana tidak membuat keputusan serta mengapi-apikan pengikut di
bahagian Tasek Gelugor supaya membenci Perdana Menteri.
“Ini adalah fitnah amat jahat dan perlu ditentang sehabis-habisnya.
Selaku Ketua UMNO bahagian dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor juga
Pengerusi Perda saya bersama seluruh ahli UMNO di bahagian saya ingin
menyatakan kami adalah penyokong tegar kepada Perdana Menteri dan
kepimpinannya.
“Kami akan sentiasa bersama Najib dan membantu beliau untuk mentadbir
dengara ini dengan sebaik-baiknya,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Beliau turut melahirkan rasa kesalnya terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab ini yang cuba melaga-lagakan pemimpin UMNO.
Beliau amat berharap agar rakyat jangan mudah terpengaruh dengan apa yang disebarkan di laman sosial.
“Kita harus mencari kebenarannya dahulu. Jangan mudah percaya kepada
sumber di laman sosial kerana ianya belum tentu sahih,” katanya.
Laporan polis itu telah di buat di Balai Polis Jalan Dang Wangi pada jam 10 pagi tadi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment