Tuesday, June 16, 2015
Najib Umum Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 Kepada Penjawat Awam
17 Jun 2015, Putrajaya : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari
ini mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 untuk
penjawat awam Gred 54 dan ke bawah.
Beliau turut mengumumkan bantuan khas untuk lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen, dengan bayaran berjumlah RM250.
Kedua-dua pembayaran berkenaan akan dibuat pada 25 Jun, yang
melibatkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion, katanya.
“Bayaran ini bagi membantu dan meringankan beban kewangan penjawat
awam membuat persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri,” katanya pada
Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-14 di sini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut mengumumkan kadar baharu
terendah imbuhan tetap perumahan dinaikkan daripada RM180 kepada RM300
sebulan untuk penjawat awam gred 41 dan ke bawah.
Beliau juga mengumumkan bagi mereka yang mendiami kuarters pula, yang
selama ini tidak menikmati imbuhan tetap tersebut, turut mendapat
faedah sebanyak 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan
sebenar, yang layak bagi mereka.
Najib berkata keputusan yang berkuat kuasa mulai 1 Nov itu melibatkan
lebih 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara, manakala implikasi
kewangan pula ialah sebanyak RM1.04 bilion setahun.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment