Monday, June 01, 2015
Ahmad Awang Yakin Hadi Awang Tersungkur
1 Jun 2015, Kuala Lumpur : Calon Presiden Pas, Ahmad Awang, yakin beliau
mampu mengalahkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada pemilihan parti itu
bermula Khamis ini selepas mendakwa sokongan perwakilan terhadapnya
semakin membesar.
Bekas Naib Presiden Pas yang dipercayai mendapat sokongan padu
daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta kelompok Anwarinas dalam
parti itu berkata, keputusannya mencabar Abdul Hadi tidak akan menjadi
sesuatu yang sia-sia.
“Saya bertanding atas padang yang tidak rata dan gendangnya pun
lain-lain, sebab apa?
Mungkin ada campur tangan, ada permainan politik
untuk memastikan kempen saya berdepan kesukaran tetapi sekarang ini
sokongan makin kuat.
“Melihat kepada gerak kerja jentera, saya yakin boleh mengalahkan
beliau dan perkara itu boleh dicapai, bukannya sesuatu yang sia-sia,”
katanya dalam forum ‘Mampukah Pas Dilonjakkan Pasca Jun 2015’ di sini
malam semalam.
Dalam pada itu ketika diajukan soalan oleh penyokong Pas yang hadir,
Ahmad berkata, sekiranya menang beliau akan memperbaiki segala keburukan
parti dengan keutamaan adalah untuk memperkukuhkan kerjasama dengan
pakatan.
Katanya, Pas kini berada dalam keadaan tidak menentu kerana Abdul
Hadi gagal menghormati keputusan yang dibuat hasil mesyuarat dalam
pimpinan pakatan, sebaliknya Presiden Pas itu bertindak memimpin parti
dengan ‘kepala sendiri’.
Ahmad dalam perkembangan yang sama juga mendakwa, perbuatan memfitnah
kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya Pas dan keadaan menjadi
semakin tidak terkawal menjelang pemilihan dalam muktamar kali ini.
“Mereka melakukan pembunuhan watak terhadap saya kerana mereka tidak
tahu nak kata apa lagi, sebab saya istiqamah dalam gerakan Islam. Saya
jelaskan semuanya kepada ahli akar umbi dan perwakilan mengenai
perjuangan saya.
“Jadi, modal yang mereka ada sekarang cuma melakukan pembunuh
karektor. Dulu orang UMNO yang fitnah tetapi sekarang ini, orang Pas
pula,” dakwanya.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment