Thursday, June 11, 2015
Apakah Pas Rela Dilihat “Bacul” Jika Buat Pusingan “U” ?
9 Jun 2015, Kuala Lumpur : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed
Ali Alhabshee berpendapat, Pas tidak memerlukan ‘orang tengah’ bagi
membaiki semula hubungannya dengan Dap kerana parti itu masih ada
maruah.
Lagipun kata beliau, barisan kepimpinan baru Pas pimpinan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dilihat mempunyai harga diri.
“Pada hemat saya, tidak perlu kepada orang tengah seperti yang ingin
dilakukan PKR untuk memulihkan hubungan Pas-Dap kerana parti itu
mempunyai maruahnya sendiri,” tegasnya dalam entri terbaru di
umnobahagiancheras.blogspot.com.
Katanya, PKR hanyalah sebuah parti ‘sakit’ cuba menonjolkan diri
berkutan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersalah melakukan
liwat.
Menurut beliau, usaha PKR itu ternyata cuba mencalar maruah dan harga
diri pemimpin Pas yang selama ini telah dipersendakan oleh Dap.
“PKR nampaknya tidak menghormati prinsip perjuangan Pas,” tambahnya
sambil menegaskan tidak mustahil PKR menjadi perkakas Dap untuk memujuk
semula Pas.
Beliau percaya pemimpin Pas tidak mahu diri mereka dianggap sebagai
bacul jika membuat pusingan ‘U’ untuk menjalin semula kerjasama dengan
Dap.
Menurutnya, isu Pas akan melakukan pusingan ‘U’ untuk kembali
berrsama Dap hanya disensasikan oleh golongan yang kecewa dengan barsian
kepimpinan baru parti itu.
“Difahamkan keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Dap dibuat
oleh Dewan Ulamak dan diterima oleh Majlis Syura, jadi saya tidak fikir
Pas sanggup berpatah balik,” katanya.
“Pada saya, pemimpin Pas masih ada maruah, tidak mungkin akan berlaku
pusingan ‘U’ hanya kerana ingin membatalkan tahaluf siyasi dengan Dap.
Dap tambah beliau lagi, telah banyak kali menyinggung perasaan
pemimpin Pas terutama bersabit dengan cadangan pelaksanaan hukum hudud.
Malah katanya, pemilhan barisan kepimpinan Pas pada muktamar parti
itu baru-baru ini juga didakwa ada unsur-unsur campur tangan Dap untuk
memenangkan golongan tertentu.
“Berdasarkan itu, Pas sepatutnya sedar betapa Dap, sebuah parti rasis
yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memecahbelahkan perpaduan orang
Melayu dan umat Islam,” tegasnya.
Sebaliknya ujar Syed Ali, seeloknya Pas memikirkan bagaimana untuk
menjalin kerjasama dengan UMNO demi kepentingan perpaduan umat di negara
ini.
“Pemimpin UMNO sentiasa bersikap terbuka untuk mengalu-alukan sebarang usaha ke arah perpaduan umat bersama Pas,” tegasnya.
Dalam hal ini, beliau menaruh keyakinan barisan kepimpinan baru Pas
akan lebih bersikap realistik dan tidak terbawa-bawa dengan politik
sempit.
“Saya yakin, apabila Pas tidak lagi bersama Dap dalam Pakatan Rakyat
(PR), pintu kearah kerjasama perpaduan boleh dirintis bersama UMNO,”
katanya.
Beliau mengingatkann kedudukan orang Melayu dan umat Islam di negara
ini semakin mencabar dan sentiasa digugat oleh pihak tertentu.
Oleh sebab itu katanya, sudah sampai masanya Haji Hadi selaku
Presiden Pas memberi perhatian kearah pembentukan perpaduan di kalangan
orang Melayu.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment