Friday, June 19, 2015
China Larang Umat Islam Berpuasa
18 Jun 2015, XINJIANG : Sekatan terhadap agama Islam
berterusan di China apabila pihak berkuasa Xinjiang mengekalkan larangan
berpuasa terhadap umat Islam termasuk penjawat awam, pelajar dan guru.
Menurut laman web kerajaan, China turut menempatkan pegawai khas di
restoran halal termasuk di Jinghe County, bagi memastikan restoran itu
kekal beroperasi menjual makanan pada siang hari sepanjang Ramadan.
“China mengetatkan lagi larangan dan pemantauan terhadap umat Islam menjelang Ramadan kali ini.
“Pegangan agama Muslim Uighur dipolitikkan, dan peningkatan sekatan
boleh menyebabkan ketegangan semakin tajam,” kata jurucakap Kongres
Uighur Sedunia, Dilxat Raxit dalam satu kenyataan.
Dilxat mengecam larangan pihak berkuasa China ke atas penjawat awam
Muslim Uighur untuk berpuasa, dan melihatnya sebagai cuba mengawal agama
Islam.
Setiap tahun, pihak berkuasa China telah berulang kali mengenakan
sekatan ke atas Muslim Uighur di barat laut Xinjiang setiap kali
menjelang Ramadan.
Terdahulu pada bulan Disember, China mengharamkan pemakaian jubah
atau bertudung di khalayak di Urumqi, ibu kota wilayah Xinjiang.
Kumpulan hak asasi manusia menuduh pihak berkuasa China melakukan
penindasan agama terhadap umat Islam Uighur di Xinjiang dengan
berselindung disebalik kempen antikeganasan.
Pada 2014, Xinjiang mengharamkan amalan agama di bangunan kerajaan, serta memakai pakaian atau logo yang berkaitan dengan agama.
Mei lalu, kedai dan restoran Muslim di sebuah kampung di barat laut
Xinjiang telah diarahkan untuk menjual rokok dan alkohol.
Dipetik daripada sumber : Agensi/ISMAWeb.net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment