Friday, June 19, 2015
DAP vs PAS: Mengapa PKR Di Dalam Ketakutan Yang Teramat?
EDITOR MENULIS...
18 JUN 2015
Kemelut
politik Pakatan Rakyat di Selangor menjadi tumpuan ramai, berikutan
jumlah kerusi dewan undangan negeri yang dimiliki oleh ketiga-tiga
sekutu yang membentuk kerajaan negeri tidak jauh beza di antara satu
dengan yang lain.
Dengan DAP tidak akan berpaling lagi
kepada PAS, tinggallah PKR menjadi tumpuan, yang menjadi satu-satunya
parti yang berkecuali, dan masih berada atau berkait dengan Pakatan
Rakyat.
Siapa pilihan PKR?
Saya dapat membaca kegelisahan PKR
dalam menghadapi badai dan gelora politik dalaman Pakatan Rakyat yang
semakin meruncing. Walau pun bersifat “pengsan, bukan mati”, namun buat
masa ini, jelas kelihatan kapal yang belayar itu dihanyutkan arus deras
ke pusaran air yang memusnahkan.
Ia membawa kepada penafian oleh Azmin
Ali, kononnya perkara “PR telah mati” akan dibawa ke pengetahuan Tuanku
Sultan Selangor, seperti yang didakwa oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi
Ramli. Nampaknya seperti ada yang tidak kena antara mereka berdua.
Dalam kemelut ini, PKR dilihat cuba
bermain “playsafe” dalam menyusun langkah politiknya. Berbelit-belit,
dan saling nafi menafikan membuktikan pada dan ketika ini, mereka adalah
kumpulan yang paling risau dengan situasi politik terkini Pakatan
Rakyat.
Apa puncanya?
Saya yakin, PKR menggunakan kaedah
“buy me some time” sambil mengambil langkah untuk menyelesaikan kemelut
berkenaan. Maka, tidak hairanlah “denial syndrome” dijadikan perisai
ketika ini.
Namun begitu, ketakutan yang amat sangat
bagi PKR ialah apabila menjadi parti minoriti dikalangan mereka, dan
sekaligus tidak lagi mempunyai kuasa untuk mentadbir Selangor.
Bukan
sekadar angka, tetapi pada mereka yang selalu turun ke akar umbi, pasti
mengakui bahawa jentera PKR adalah jentera paling lemah di antara
tiga-tiga parti gabungan tersebut, dan PKR sendiri terpaksa berharap
kepada sekutunya, terutamanya PAS.
Ramai yang sering mengaitkan betapa DAP
lebih beruntung dengan tahaluf siyasi bersama PAS, tetapi terlepas
pandang bahawa PKR juga menikmati nikmat yang lebih, sekalipun berstatus
parti minoriti, dari segi kekuatan jentera, dan jumlah ahli.
Apabila Lim Kit Siang berkata tidak perlu
untuk menunggu pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan
Ismail untuk mengatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud, penulis
merasakan DAP juga telah membuat analisa, dan tahu di mana kedudukan PKR
yang sebenarnya.
Sebelum ini, saya pernah mengatakan
bahawa PRK Permatang Pauh dijadikan medan untuk menganalisa kekuatan DAP
oleh Lim Guan Eng. Kini, saya dapat merasakan bahawa setiap
keputusan yang dibuat oleh DAP kebelakangan ini, adalah hasil dari
keberkesanan percaturan PRK Permatang Pauh.
PKR hanya gagah di Permatang Pauh, tetapi
tidak di kawasan lain terutamanya di Selangor di mana kebanyakkan
jentera Pakatan Rakyat perkuatkan dengan kehadiran PAS. DAP pula sudah
pada hemat mereka, sudah mampu untuk berdiri dengan diri sendiri, cukup
untuk terus berkuasa di Pulau Pinang.
PKR sedang dalam ketakutan yang amat sangat.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment