Sunday, June 21, 2015
Ini Baru Adil...DBKL Akan Wajibkan Semua Parti Politik Mohon Permit Papan Tanda
Setiausaha Agung UMNO/BN yang juga Menteri Wilayah Persekutuan Datuk
Seri Tengku Adnan Mansor kata beliau tidak mahu bersikap macam
budak-budak bertindak balas dalam isu struktur logo UMNO di pejabat UMNO
Pulau Pinang.
Ini ekoran ada desakan agar Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) mengambil
tindakan terhadap papan tanda parti DAP di ibukota yang didakwa tidak
ada permit dan ikut peraturan.
Semua ini gara-gara Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang dibawah
kerajaan DAP Pulau Pinang Jumaat lalu bertindak hendak robohkan struktur
binaan logo UMNO di depan pejabat UMNO Pulau Pinang di Jalan
Macalister,Georgetown.
Tindak tanduk MBPP itu telah mencetuskan kemarahan kalangan pemimpin dan
ahli UMNO yang mendakwa kerajaan negeri DAP itu sengaja 'nak cari
pasal'.
Ditemui wartawan semasa satu majlis yang dihadiri Perdana Menteri di
Masjid Negara Ahad,Tengku Adnan kata setakat ini beliau tidak begitu
jelas mengenai isu itu apakah UMNO Pulau Pinang ada minta permit untuk
struktur binaan itu.
Serentak dengan itu menteri itu memberitahu beliau telah meminta DBKL
mengeluarkan surat kepada semua parti politik bagi memohon permit untuk
papan tanda mereka dalam tempoh dua minggu.
Katanya sekiranya tidak berbuat demikian mereka akan diminta menurunkan sendiri papan tanda berkenaan.
Tengku Adnan kata negara ini ada undang-undang dan semua orang kena patuh tak kira samaada UMNO,DAP atau parti lain.
Sementara itu Pemuda UMNO Melaka telah menganjurkan satu demo aman di
depan pejabat DAP Melaka di bandara itu kerana didakwa tidak ikut
peraturan yang ditetapkan.
Mereka juga kesal kerana papan tanda itu juga tidak beri keutamaan
kepada Bahasa Malaysia dimana semua bahasa tertera sama besar.
Pihak berkuasa tempatan didesak mengambil tindakan sewajarnya keatas hal berkenaan.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment