Sunday, June 21, 2015
Kumpulan Pro-Ulama Menang Pemilihan PAS Dengan Bantuan UMNO - Mat Sabu
Kuala Lumpur : Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa
kumpulan pro-ulama PAS mendapat 'bantuan' UMNO untuk memenangi pemilihan
pimpinan parti Islam itu baru-baru ini.
Dalam temu bualnya bersama Malaysiakini, Mohamad yang mesra dikenali
sebagai Mat Sabu berkata media yang dikuasai UMNO bertungkus lumus
berkempen untuk kepimpinan barisan ulama.
"Semua agensi media pro-UMNO seperti Utusan Malaysia, TV3 dan Bernama
memberi keutamaan laporan kepada golongan ulama menjelang pemilihan
parti.
"Ini jelas menunjukkan pusat strategi Umno terlibat secara aktif dalam
pemilihan PAS," Mohamad dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.
Dalam pemilihan pimpinan PAS awal bulan lalu, kumpulan pro-ulama menyapu
bersih jawatan dalam PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat
manakala calon Dewan Ulama dimenangi tanpa bertanding.
Mohamad dan pemimpin PAS yang selama ini dilihat ke depan dalam memperjuangkan isu rakyat tewas pada pemilihan baru-baru ini.
Pemimpin progresif dalam PAS dianggap tidak setia kepada presiden parti
Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dilabelkan sebagai 'budak
DAP'.
Hanya Mazlan Aliman, calon yang tidak tersenarai dalam 'cai' pro-ulama
itu, memenangi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.
Mazlan bagaimanapun mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan yang
dimenanginya kira-kira seminggu selepas Muktamar PAS ke-61 itu berakhir.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment