Sunday, June 21, 2015
PAS Oh PAS!!! Kalah Bertanding Diambil Kembali ...Baik Tak Payah Bertanding
Tiga pemimpin PAS dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan
parti itu dalam muktamar baru-baru ini, dilantik menganggotai
Jawatankuasa PAS pusat bagi tempoh dua tahun.
Mereka ialah bekas naib presiden Salahudin Ayub dan bekas ketua
penerangan Datuk Mahfuz Omar sementara bekas AJK PAS Pusat Mohd Taufek
Abdul Ghani pula dilantik semula ke jawatan tersebut.
Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.
Tuan Ibrahim berkata, surat pelantikan ini sudah dihantar sejak minggu lalu dan sehingga kini masih belum ada penolakan.
"Surat pelantikan itu dihantar secara formal, kita (juga) ada hubungi
melalui telefon dan sebahagiannya kata (yang dilantik) tunggu surat dulu
dan buat keputusan dan tidak ada penolakan setakat ini,” kata Tuan
Ibrahim.
Wartawan telah menghubungi Salahuddin tetapi masih belum mendapatkan maklum balas.
Manakala Mahfuz pula berkata beliau belum menerima surat pelantikan itu dan akan menjawabnya selepas menerimanya kelak.
"Saya belum terima surat seperti yang didakwa oleh Tuan Ibrahim, saya
akan jawab secara bertulis (jika terima surat). Saya masih belum terima
lagi surat itu," katanya ketika dihubungiMalaysiakini petang ini.
Sementara itu, lima lagi pemimpin PAS dilantik ahli jawatankuasa PAS
peguam Datuk Wan Mutalib Embong, Dr Najihatul Salihah Ahmad, Mohamad
Husin, Mukhtar Suhaili dan Zainal Abidin Kidam.
Tuan Ibrahim turut mengumumkan bahawa Datuk Mustafa Ali sebelum ini
menyandang jawatan setiausaha agung kini dilantik sebagai Pengarah
Pilihan Raya PAS pusat.
Manakala jawatan Setiausaha PAS kini disandang oleh Datuk Takiyuddin
Hassan yang dibantu oleh Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Khairul Fahmi.
Bagi jawatan bendahari pula PAS melantik Mohamad Noor Mohamad sementara Ketua Penerangan oleh Nasrudin Hassan.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat telah menerima surat
peletakan jawatan Mazlan Aliman sebagai anggota jawatankuasa PAS dan
beliau akan menggantikan calon lain bagi mengisi kekosongan itu.
“Peletakan jawatannya (Mazlan) diterima. Masih ada satu kekosongan dan akan diganti,” katanya.
Minggu Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda
Kebangsaan (ANAK) meletak jawatan itu serta merta kerana mahu fokus
kepada NGO yang disertainya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment