Monday, June 22, 2015
Pakatan Baharu Tidak Ubah Apa-Apa…Sekadar Bertukar Nama Sahaja – Ir. Nawawi
22 Jun 2015, Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir. Nawawi Ahmad
percaya apa jua nama dan apa jua ‘penjenamaan semula’ yang akan
digunapakai oleh pakatan pembangkang setelah kemelut Dap dengan Pas
meruntuhkan gabungan mereka beberapa hari yang lalu tidak akan mengubah
apa-apa kerana isi kandungan di dalam pakatan terbabit tetap sama.
Menurut beliau sungguh pun nama baharu, bukankah yang akan
menganggotainya adalah terdiri daripada Dap dan PKR serta mereka yang
kecewa dan bukankah realiti yang jelas masing-masing mempunyai ideologi
yang cukup berbeza.
“Isi kandungan yang sama tidak akan mampu mengubah apa-apa kerana
yang penting adalah kerangka bersama yang dihormati antara satu dengan
yang lain dan bukannya penuh dengan ego serta sikap mementingkan diri
sendiri dan mempunyai agenda yang sehaluan.
“Saya yakin dan penuh percaya…cadangan pakatan baharu yang timbul
hari ini setelah krisis Pas dan Dap telah merapkan gabunga pakatan
pembangkang tidak akan ke mana. Malah dalam pilihan raya umum akan
datang, rakyat tidak akan lagi memberikan kepercayaan.
“Kepercayaan yang diberikan sebelum ini menjadikan pembangkang
melihat kepada kuasa semata-mata dan bukannya ikhlas untuk melaksanakan
tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan,” katanya kepada
UMNO-Online, di sini, hari ini.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas desas-desus kemungkinan wujudnya
gabungan pakatan pembangkang yang baru setelah pakatan pembangkang yang
dimeterai antara Dap, pas dan PKR sebelum ini berkecai.
Datuk Nawawi yang juga Ketua UMNO bahagian Langkawi seterusnya
menambah berbanding Barisan Nasional (BN), semangat muafakat dan saling
toleransi jauh lebih terserlah.
“Paling utama adalah konsisten…Memanglah ada sedikit sebanyak masalah
yang berlaku tetapi berjaya diatasi sebaik mungkin. Apa yang penting
adalah dasar dan kerangka yang dibawa dan untuk diterjemahkan kepada
rakyat seiring dan sekata.
“Konsistennya kita bukan sahaja dalam membantu rakyat…malah dalam
membawa dasar dan sebagainya yang dibuat secara kolektif. Itulah BN dan
pembangkang kita boleh tengok dan boleh lihat secara dekat hari ini,”
katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment