Wednesday, June 17, 2015

Isu Air Selangor: Pemuda UMNO Selangor Serah Memorandum

pemuda selangor isu air 
MEMORANDUM DARIPADA PERGERAKAN PEMUDA UMNO SELANGOR (PPUNS) KEPADA YB MENTERI BESAR SELANGOR (MB) BERKENAAN ISU AIR DI NEGERI SELANGOR

17 JUN 2015

YB Dato’ Menteri Besar Selangor,

FAKTA

1. Pada Mac 2015 YB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Azmin Ali telah membatalkan perjanjian penstrukturan air Selangor dengan Kerajaan Persekutuan yang didakwa beliau telah melanggar perjanjian.

2. Tindakan itu diambil walaupun kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang telah berlanjutan sejak 2008, pada Februari 2014.

3. Pada 10.06.2015, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (Dr Maximus) menyatakan bahawa Kelewatan kerajaan Selangor menguatkuasakan penjanjian penstrukturan air Selangor menyebabkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (Projek LRAL2) kemungkinan besar tidak mampu disiapkan pada 2017 seperti yang dirancang.

4. Menurut Dr Maximus Kerajaan negeri Selangor mengarahkan agensi dan PBT menangguhkan pengeluaran segala kelulusan dan permit untuk pembinaan loji tersebut sehingga penstrukturan semula dimuktamadkan.

5. Sedangkan, Kerajaan Persekutuan telah pun mengambil tindakan yang diperlukan untuk menguatkuasakan perjanjian penstrukturan semula industri bekalan air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

6. Penstrukturan semula industri air masih tidak dapat diselesaikan sepenuhnya berikutan kegagalan kerajaan Selangor memenuhi syarat dalam perjanjian utama yang ditandatangani antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

7. Kerajaan negeri Selangor juga telah menangguhkan pewartaan baki sebanyak 23 lot pengambilan tanah yang dimohon oleh kerajaan Persekutuan.

MASALAH

8. Pada 17.5.2015, Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail bertegas bahawa Selangor kekurangan bekalan air terawat memandangkan rizab air itu berada dalam paras kritikal iaitu kurang daripada lima peratus sejak setahun lalu.

9. Paras rizab air terawat berada di tahap kritikal serta boleh mendatangkan kesan buruk kekurangan air bersih kepada pengguna di Selangor dan Putrajaya.

KESAN

10. Paras air yang menurun mengakibatkan kesan langsung kepada Rakyat negeri Selangor tambahan pula bulan Ramadan yang akan menjelang.

11. Paras air yang menurun mengakibatkan kesan langsung kepada kualiti hidup rakyat negeri Selangor.

12. Paras air yang menurun mengakibatkan kesan langsung kepada ekonomi di mana pelaburan di negeri Selangor menurun dan mengurangkan peluang pekerjaan.

13. Paras air yang menurun mengakibatkan kesan langsung kepada pembangunan fizikal dan industri pembinaan kerana catuan air menghadkan aktiviti pembangunan fizikal dan industri pembinaan

DESAKAN

14. MENDESAK YB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR, TUAN AZMIN ALI MENERUSKAN PERJANJIAN PENSTRUKTURAN AIR SELANGOR DENGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

15. MENDESAK KERAJAAN SELANGOR MENGUATKUASAKAN PENJANJIAN PENSTRUKTURAN AIR SELANGOR SUPAYA PROJEK LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2 DAN SISTEM AGIHAN (PROJEK LRAL2) MAMPU DISIAPKAN PADA 2017 SEPERTI YANG DIRANCANG.

16. MENDESAK KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENGARAHKAN AGENSI DAN PBT MENYEGERAKAN PENGELUARAN SEGALA KELULUSAN DAN PERMIT UNTUK PEMBINAAN LOJI TERSEBUT SEHINGGA PENSTRUKTURAN SEMULA DIMUKTAMADKAN.

17. MENDESAK KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENERUSKAN PEWARTAAN BAKI SEBANYAK 23 LOT PENGAMBILAN TANAH YANG DIMOHON OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN.

18. MENDESAK KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENDAHULUKAN KEPENTINGAN RAKYAT BERBANDING KEPENTINGAN POLITIK

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment