Wednesday, June 17, 2015

Mat Sabu: “Kami Akan Cari Wadah Baharu, Islam Yang Berakhlak”

mat sabu pasma 
EDITOR MENULIS...
17 JUN 2015

Dalam kepimpinan PAS, rasanya bukan satu rahsia, bahawa Mat Sabu adalah watak utama yang sangat cenderung kepada DAP. Bukanlah niat mahu menuduh, tetapi hampir kesemua peminat politik tanah air bersetuju tentang pendapat saya.

Dalam “Himpunan Jasamu Dikenang”, Mat Sabu sendiri tidak menolak kemungkinan tertubuhnya satu parti baharu yang mengekalkan tahaluf siyasi bersama DAP. Walau bagaimanapun, Mat Sabu dan mantan-mantan AJK PAS Pusat sedang merancang “roadtour” bagi menganalisa sokongan rakyat terhadap gerakan itu. Samada ianya parti politik, atau sekadar NGO yang mesra DAP, akan diputuskan kelak.

“Kami akan cari wadah baharu, Islam yang berakhlak” tegas Mat Sabu dalam himpunan tersebut. “Perjuangan baru bermula!” sambil disambut dengan laungan takbir kira-kira 5000 hadirin yang hadir.

Tidak perlu bermadah berhelah, saya cukup yakin bahawa Mat Sabu sudah menetapkan iktikad perjuangan untuk tampil dengan menentang pimpinan PAS akibat dari kekalahan dirinya dan juga teman-teman Anwarinasnya.

Paling hampir dengan cita-cita tersebut, PasMa yang waktu dan ketika ini dipimpin oleh Phahrolrazi Zawawi. Rasanya tiada masalah untuk Mat Sabu bergandingan dengan Phahrolrazi, yang terkenal dengan “kerja-kerjanya” di Kedah sewaktu arwah Tan Sri Azizan menjawat jawatan Menteri Besar.

Lagi pun, Mat Sabu merujuk kepada kebarangkalian penubuhan parti politik atau NGO. Jadi, jika bukan PasMa apa pula?

Tamparan kepada PAS, apabila ungkapan “Islam yang berakhlak” itu benar-benar satu sindiran tajam kepada seluruh kepimpinan PAS dan ahlul PAS amnya. Apakah Mat Sabu cuba untuk melabel kepimpinan baru sebagai Islam yang tidak berakhlak?

Setelah kalah, Mat Sabu tiba-tiba bercita-cita untuk tampil dengan perjuangan Islam yang berakhlak. Sebut tentang akhlak dan PAS, rasanya Mat Sabu tidak terlepas dari berkait dengan istilah “akhlak”. Anehnya, Mat Sabu sendiri pernah mengingatkan ahli-ahlinya supaya tidak menubuhkan parti baru biarpun berlaku perbezaan pandangan di dalam parti sewaktu Muktamar Pemuda PAS di Johor pada 2014.

Teman di dalam PAS ada memberitahu, bahawa telah terbentuk “Deklarasi Bakri” pada Himpunan Jasamu Dikenang, yang menyebabkan himpunan tersebut juga dikenali sebagai Himpunan Perjuangan Baru.

Tersenyum saya bila Mat Sabu mengungkapkan kata-kata “Islam yang berakhlak”. 

Maknanya, Abdul Hadi Awang dan saf pimpinannya adalah tidak berakhlak. Hebat penangan “tarbiyah” DAP.

Tak gitu?

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment