Wednesday, June 17, 2015
PAS Tidak Hairan Jika Mazlan Aliman Nak Keluar Parti
17 Jun 2015, Kuala Lumpur : Parti Islam, PAS dilihat sepertinya sudah tidak
hairan dengan luahan atau keputusan yang bakal dibuat oleh Ahli
Jawatankuasa PAS, Mazlan Aliman untuk keluar dari parti itu.
Ini kerana, sejak dari tarikh 5 Jun 2015 di mana Mazlan Aliman
memberitahu terluka dengan keadaan juga perkara yang berlaku dalam parti
PAS sejak akhir-akhir ini, PAS tidak sedikit pun terkesan dengan guris
hati yang Mazlan Aliman nyatakan.
Ini membuktikan Mazlan Aliman adalah individu yang tidak penting
dalam pentadbiran dan pembangunan parti PAS memandangkan tidak ada
sebarang respon yang PAS buat sejurus selepas Mazlan Aliman memuat naik
status bakal keluar parti dalam masa beberapa hari (dari tarikh 5 Jun
2015) di laman Facebooknya. Juga mengumumkannya ketika dalam sesi
penggulungan Muktamar Pas kali ke-61 pada tarikh yang sama.
Mana tidaknya, sejak Mazlan Aliman menaikkan isu mengenai FELDA ke
dalam parti PAS, tindakan beliau tidak berkesan meskipun PAS pada
mulanya termakan dengan kata-kata Mazlan Aliman.
Ada sahaja fitnah dan tuduhan yang dibuat oleh Mazlan Aliman terhadap
FELDA hingga merugikan serta mencalarkan imej parti PAS yang dilihat
bersengkongkol dengan perkara buruk dilakukan oleh Mazlan Aliman.
Ambil contoh, sudah beberapa kes mahkamah melibatkan Mazlan Aliman
dan NGOnya, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kepada FELDA
yang melibatkan jumlah saman bukan hanya sedikit, tapi besar yang
membolehkan status dirinya menjadi bankrap.
Baru-baru ini sahaja Mazlan Aliman diarah oleh mahkamah membayar
ganti rugi RM350,000 kepada FELDA kerana memfitnah lembaga itu dalam
sebuah buku. Ini telah membuktikan Mazlan Aliman terlalu gemar membuat
fitnah dan andaian terhadap FELDA.
Sebelum-sebelum ini juga sudah banyak kes fitnah yang Mazlan Aliman
perkatakan di mana akhirnya menampakkan kebenaran dirinya sebagai
pembohong dan penyebar fitnah.
Perkara inilah yang membuatkan PAS tidak lagi mahu tertipu dengan
agenda Mazlan Aliman dek kerana mahukan publisiti murahan di bawah nama
mencari kebenaran demi rakyat FELDA.
Mungkin disebabkan sikap tidak ambil peduli lagi parti PAS terhadap
kebajikan diri Mazlan Aliman menyebabkan beliau mencari alasan iaitu PAS
sudah tidak melakukan yang terbaik ketika ini.
Mungkin juga PAS ketika ini tertanya-tanya, bilahkah hari yang Mazlan
Aliman akan kotakan kata-katanya untuk keluar dari PAS supaya hilang
satu parasit dalam parti yang semakin berpecah-belah itu.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment