Wednesday, June 17, 2015

Isytihar Pakatan Berkecai : Dap Umpama “Raja Berkuasa” Dalam Pembangkang

17 Jun 2015, Kuala Lumpur : Dakwaan Dap bahawa gabungan pembangkang tidak lagi wujud merupakan bukti jelas bahawa parti berkenaan cuba menjadi “Raja Berkuasa” di dalam gabungan berkenaan apabila membuat keputusan tanpa mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan sekutunya.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim Anuar Shaari berkata adalah satu fenomena yang janggal dan satu perkara yang cukup pelik apabila perkara berkenaan hanya seolah-olah diputuskan oleh satu parti sahaja.

Sedangkan ujar beliau pakatan pembangkang sebelum ini diwar-warkan dibentuk hasil kerjasama dan persetujuan bersama antara ketiga-tiga parti iaitu Pas, Dap dan PKR dalam arus perdana politik negara.
dap-king-power-kuat-pakatan-pas-pkr-pembangkang
“Betulkah pakatan pembangkang sudah berkecai… takkan hanya satu parti sahaja yang berkuasa memutuskan kerjasama tersebut. Inilah yang menjadi tanda tanya kepada masayarakat umum. Apakah hanya cukup dengan Dap memutuskan perkara berkenaan?

“Lagi satu pelik pula senarionya…ke mana perginya Ketua Pembangkang yang baru dilantik sebelum ini, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang baru sahaja dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Bukankah sepatutnya beliau yang umumkan jika benar dan sahih perkara berkenaan. Takkanlah tidak dibawa ke meja perundingan sebelum kata putus dibuat. Paling kurang panggil ketiga-tiga parti dan selepas itu umumlah apa yang patut. Ini tidak. celaru jadinya…satu kata belum lagi…satu lagi lain pula bunyinya.

“Apa pun yang jelas dalam kemelut yang dihadapi oelh pakatan pembangkang hari ini kita boleh lihat bagaimana permainan politik oleh Dap yang seolah-olah mereka cukup berkuasa antara sekutunya yang lain, “ katanya kepada UMNo-Online, di sini, hari ini.

Dap sebelum ini dilapor mengumumkan bahawa ikatan politik pakatan pembangkang yang di­mulakan pada 2008 sudah tidak lagi wujud, berikutan usul Muktamar Pas lalu yang memutuskan hubungan dengan parti tersebut sebelum ini.

Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng berkata, perkara itu berikutan gabungan pembangkang tersebut dibentuk melalui permuafakatan antara tiga parti dengan rangka dasar bersama.

“Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Dap menerima usul Muktamar Pas untuk memutuskan hu­bungan dengan DAP.

“Usul Muktamar Pas secara berkesan telah menamatkan pakatan pembangkang, justeru pakatan pembangkang tidak lagi wujud,” katanya dalam kenyataan.

Anuar Shaari seterusnya menambah perkara gelora yang melanda pakatan pembangkang hari ini telah lama dijangka akan berlaku.

“Saya rasa sebelum ini pun pernah dikeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan kekal lama kerana perjuangan yang penuh retorik tidak akan kemana.

“Bukankah dasar bersama mereka hanya untuk berdepan dengan Barisan nasional (BN) sahaja…pengisian perjuangan masing-masing cukup berbeda dan cukup kontra antara satu sama lain.

“Jelas titik asas perjuangan yang dicari-cari sejak sekian lama bukan sahaja tidak ditemui malah menghancurkan sesama mereka. Kepada rakyat di luar sana, sama-sama kita renungkan bagaimana politik pembangkang yang bukan sahaja dahannya rapuh, malah akarnya turut beracun,“ katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment