Monday, June 22, 2015

Kehebatan Najib Buat Pakatan Terkubur

tit4tat
EDITOR MENULIS...
22 JUN 2015

Mat Sabu menyalahkan UMNO sebagai punca yang akhirnya menjadi sebab kepada terkuburnya Pakatan Rakyat.  Kita semua tahu Mat Sabu maksudkan penguasaan kelompok ulama dalam pemilihan terbaru PAS telah menyebabkan DAP memutuskan hubungan dengan parti itu dan berakhirnya Pakatan Rakyat.

‘Tangan-tangan hitam’ UMNO di dakwa Mat Sabu yang menaikkan kelompok ulama dalama pemilhan PAS yang lepas.

Kenyataan ini secara tidak langsung adalah bukti keada kehebatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO.  Betul tak betul cakap Mat Sabu tu belakang kira, yang pentingnya sekarang, memang tugas pemimpin politik ‘menghancurkan’ lawan politiknya yang lain – dan dalam hal ini, Najib telah berjaya, Mat Sabu sendiri kata tu.

Ini penting disebutkan sebab dalam keadaan semua benda buruk yang berlaku di Malaysia ini salah Perdana Menteri, dari MH370 hilang, gempa bumi sampai anak ketua ranting beranak cacat pun salah Perdana Menteri juga, kenapa terkuburnya Pakatan Rakyat tak boleh kaitkan dengan Perdana Menteri?

Dahsyatlah tu, Pakatan Rakyat pun mampu Perdana Menteri kuburkan!!  Kejayaan ini mengulangi, kalau tidak lebih hebat dari kejayaan Tun Mahathir menguburkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat dulu.

PAS dan DAP duduk berasingan dalam APU dan Gagasan Rakyat, tapi dalam hal Pakatan Rakyat ni, dua-dua parti duduk sebumbung dan Najib berjaya menguburkan mereka!!  

Hebat tu.

Jadi siapa yang kata UMNO lemah kerana berpresidenkan Najib, boleh telan balik ludah masing-masing sekarang.  Testimoni dari Mat Sabu ini membuktikan Najib bukan biasa-biasa.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment