Monday, June 22, 2015
Mat Sabu Enggan Terima Hakikat, UMNO Juga Menjadi Mangsa!
EDITOR MENULIS...
22 JUN 2015
Amarah
dan dendam merupakan 2 emosi yang sangat kuat mencengkam di sanubari
manusia, apatah lagi jika ianya lahir dari kekecewaan yang dirasai
berdasarkan pengalaman-pengalaman tertentu.
Mungkin itu apa yang boleh saya gambarkan ke atas situasi dan keadaan Mat Sabu kini, yang masih
belum dapat melupakan kisah penolakan besar-besar perwakilan PAS
terhadap diri dan rakan-rakan Anwarinasnya pada muktamar PAS yang lalu.
Bagi saya, selaku kononnya pejuang
demokrasi tulen, seharusnya Mat Sabu bermuhasabah dan berfikir sejenak,
di mana silapnya sehingga dia ditunjukkan jalan keluar dari saf
kepimpinan PAS, dan bukannya terus-terusan menyerang pihak-pihak lain
terutamanya UMNO, yang tidak ada kena mengena dengan pemilihan PAS.
Menyentuh soal dakwaan Mat Sabu ini,
barangkali dia terlupa, bagaimana pula dengan bantuan yang “diterima”
apabila Hadi Awang dikritik habis-habisan oleh deretan pemimpin DAP
tanpa henti sejak “Kajang Move”?
Bukankah ini juga boleh jadi salah satu
strategi kempen DAP dalam usaha untuk menukar kepimpinan PAS agar
dikuasai oleh Mat Sabu dan pro Anwarinas nya?
Apakah Mat Sabu boleh menafikan liputan
luas yang diterima oleh Ahmad Awang, dirinya dan juga pro Anwarinas di
media-media pro pembangkang? Adakah ini boleh dijadikan bukti, bahawa
wujud campurtangan golongan liberal dan anti Islam di dalam pemilihan
pada Muktamar yang lalu?
Itu belum hebahan media berkenaan
sokongan yang diberikan kepada pro Anwarinas oleh pemimpin DAP serta
grafik-grafik undian on-line di mana golongan Anwarinas menjadi pilihan
“rakyat”. Apa fungsi hebahan-hebahan sebegini?
Tertekan dan malu, kini Mat Sabu
pula menyalahkan media, kononnya itulah cara UMNO membantu golongan
ulamak PAS untuk menang besar. Hairan juga saya, kerana setahu
penulis, Utusan Malaysia dan TV3 sudah lama diboikot oleh PAS, apatah
lagi pimpinannya.
Jika mengikut apa yang didendangkan pada
ceramah-ceramahnya, Mat Sabu seharusnya jangan percaya apa yang ditulis
oleh Utusan dan apa yang ditonton di TV3. Bukankah begitu?
Pada hemat saya, kalau pun memang
sungguh benar Utusan Malaysia dan TV3 memberi liputan meluas kepada pro
ulamak PAS, ia sememangnya bertujuan untuk memenangkan Mat Sabu kerana
berita-berita “yang tidak boleh dipercayai” itu akan membuatkan orang
lebih tidak percaya kepada Hadi Awang dan saf kepimpinannya.
Entah mengapa Mat Sabu pula boleh percaya dengan liputan Utusan Malaysia dan TV3.
Kepada Mat Sabu, kalau pun ingin
mengaitkan UMNO dan pro ulamak PAS dengan harapan dapat menimbulkan
kebencian ahlul PAS terhadap kepimpinan PAS yang baharu, cubalah cari
bukti dan saksi yang lebih kredibel. Kasihan UMNO, kerana sekali lagi
setelah berkali-kali, UMNO juga yang dipersalahkan atas perkara diluar
bidang kuasanya.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment