Monday, June 15, 2015
Kelantan bakal naikkan 3 kali ganda cukai dan premium tanah.
Cukai, pemium tanah bakal meningkat
15 Jun 2015, Kota Baharu : Cukai dan premium tanah di negeri akan meningkat kira-kira tiga kali
ganda daripada kadar biasa apabila dasar baharu mengenai tanah
diperkenalkan tidak lama lagi.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata,
bagaimanapun kadar tersebut masih rendah berbanding dengan nilai tanah
semasa yang melambung tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau berkata, dasar baharu cukai dan premium tanah itu telah pada
sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun lepas namun tidak dapat
dilaksanakan pada masa kini kerana beberapa masalah yang tidak dapat
dielakan.
“Kadar lama cukai dan premium tanah tidak lagi sesuai pada masa
sekarang disebabkan nilai semasa tanah telah meningkat. Dalam dasar
baharu ini, kadar denda bagi mereka ‘memerintah’ tanah dalam tempoh yang
lama akan ditingkatkan.
“Bagaimanapun orang ramai yang dikenakan denda boleh merayu untuk
mengurangkan denda atau membuat bayaran secara ansuran,” katanya ketika
menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mustapa Moha-med (BN – Ayer Lanas)
dalam sidang DUN di sini hari ini.
Mohd. Amar berkata, kadar kenaikan tersebut masih belum muktamad kerana kaedah-keadah pelaksanaannya masih diperincikan.
“Secara umumnya kenaikan ini berbeza-beza dan ini merupakan salah satu cara untuk kutipan cukai yang lebih efisyen.
“Kita telah membuat penerangan kepada wakil rakyat dan juga di
peringkat daerah, kalau ada soal berbangkit kita boleh jelaskan kepada
rakyat,” katanya.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment