Monday, June 15, 2015
Sebelum Hari Ini Betullah DAP Rasis?
EDITOR MENULIS...
15 JUN 2015
Kata Pengerusi Bersih, si Ambiga,
kemasukan Samad Said ke dalam DAP semalam membuktikan parti itu dah
runtuh tembok perkauman. Persoalannya sekarang, sebelum Samad Said
masuk, DAP tu parti perkauman ke? Penat sajalah pemimpin-pemimpin
mereka (yang belum disahkan jawatan) berkempen kata DAP bukan parti
perkauman.
Datang Ambiga, pergi sahkan pulak.
Jadi tak salah bila orang kata DAP ni
parti perkauman kerana hanya setelah Samad Said masuk parti itu saja
baru tembok perkauman itu dikatakan Ambiga sebagai dah runtuh.
Tapi ada biol juga cara kemasukan Samad
Said ke DAP ini diraikan, sebab Melayu lebih dari 50% di negara ini,
dengan apa cara tak sampai sepuluh orang masuk dikira Melayu dah sokong
DAP?
Hakikatnya, orang Melayu masih lagi
memberikan sokongan kuat kepada UMNO/BN. UMNO saja menang 88 kerusi
parlimen dalam PRU13 yang lepas, dah sama dengan jumlah kerusi
pembangkang digabungkan ketiga-tiga sekali.
Satu dua Melayu hippies dan tak terurus
dirinya masuk DAP, bukan maksud orang Melayu dah sokong parti itu.
Lagipun ada apa dalam DAP tu yang orang Melayu nak sokong? Itu yang
jadi tak faham apa yang Ambiga maksudkan kemasukan Samad Said dah runtuh
tembok perkauman DAP?
Yang saya faham, Ambiga seakan
mengesahkan DAP sebelum ini memang parti perkauman dan kemasukan Samad
Said tu saja yang menjadikan parti itu tidak – jangan marah saya,
marahkan Ambiga.
Orang Melayu bagaimanapun berhati-hatilah.
Ini sebetulnya cara nak main persepsi
kononnya Melayu dah ramai menyokong mereka.
Kena ingat balik sejarah,
dulu pun ada Regimen 10, jadi bahan propaganda kata orang Melayu dah
menyokong perjuangan mereka, hakikatnya, tak layak nak cukup satu
regimen pun tapi sengaja dibesar-besarkan begitu untuk nampak gah.
Buktinya, pusing-pusing dok sebut nama
yang sama juga setiap kali, kalau perempuannya Shamsiah Fakeh, kalau
lelakinya Abdullah CD, Rashid Maidin dan beberapa yang lain.
Contoh dan perbandingan saja.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment