Sunday, June 14, 2015
Kerajaan Persekutuan Peruntuk RM780 Juta Bantuan Banjir Di Kelantan
13 Jun 2015, Tumpat : Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM780
juta bagi kerja-kerja membaiki infrastruktur yang rosak akibat banjir
besar yang melanda Kelantan pada Disember tahun lepas.
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pasca Banjir Kelantan, Datuk Seri
Mustapa Mohamed berkata peruntukan berkenaan termasuk kerja-kerja
membaikpulih landasan kereta api dan juga infrastruktur lain seperti
sekolah, jalan raya dan jambatan.
“Kita syukur sebahagian infrastruktur telah dibaiki termasuk jambatan Pulau Beluru (di sini) yang musnah akibat bencana banjir.
“Kerja pembaikan yang paling besar adalah landasan kereta api,”
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jambatan Pulau Beluru yang
telah siap dibina dengan kos RM670,000 di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan
Datuk Makhtar Mustapha dan Ketua Pasukan Petugas Khas Unit Pemulihan
Pasca Banjir Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Nik Ali Mat Yunus.
Jambatan sepanjang 60 meter itu menyediakan hubungan darat antara Pulau Beluru ke Teluk Rejuna.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
berkata pihaknya juga telah bersetuju untuk membeli tanah milik swasta
bagi membina rumah untuk mangsa banjir.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment