Sunday, June 14, 2015

Pemuda UMNO Pulau Pinang Cabar Pas Letak Jawatan

13 Jun 2015, Nibong Tebal : Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang mencabar kepimpinan Pas agar mengarahkan pemimpin parti itu untuk meletakkan jawatan dalam pentadbiran Negeri Pulau Pinang bagi membuktikan parti itu bermaruah dan menjunjung keputusan Muktamar parti tersebut.

Hal ini berikutan satu usul politik yang dibangkitkan di dalam Muktamar Pas yang lalu berkenaan ‘Tahaluf Siyasi’ Pas-Dap agar Pas memutuskan hubungan dengan Dap dan usul ini telah diluluskan tanpa bahas.

Jelas ketuanya Rafizal Abd Rahim, adalah sesuatu yg amat memalukan apabila Pas masih lagi bersikap terhegeh-hegeh untuk memegang jawatan dalam kepimpinan Dap sedangkan mereka telahpun memutuskan hubungan dengan parti tersebut.
1688468_10202288879218023_2363136338966266407_n
“Sekarang ini Pas harus membuktikan adakah mereka mengutamakan perjuangan parti ataupun lebih mementingkan kepentingan diri.

“Jika benar mereka sebuah parti yang bermaruah maka mereka tidakkan akan teragak-agak untuk melepaskan semua jawatan dalam negeri yang dipimpin Dap,” ujarnya dalam satu kenyataan media yang diedarkan.

Rafizal juga mendesak agar Pas Pulau Pinang menjelaskan kepada rakyat tentang kedudukan mereka sebagai wakil dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Ramai wakil-wakil Pas berada dalam pentadbiran negeri seperti dalam GLC, Ahli-Ahli Majlis, JKKKN dan sebagainya. Ada juga dikalangan mereka adalah pembuat dan penentu keputusan dalam pentadbiran negeri.

“Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang segera meminta semua Wakil PAS yang menduduki jawatan dalam kerajaan negeri supaya meletak jawatan dibimbangi akan menganggu gugat sistem pentadbiran Kerajaan Negeri jika Pas masih berdiam diri.

“PAS Pulau Pinang tidak sepatutnya berdiam diri dengan pelbagai gesaan yang dibuat oleh beberapa pemimpin utama dalam DAP. Ini menunjukkan bahawa PAS sendiri masih keliru dengan usul tersebut dan hala tuju parti mereka masa kini atau mungkin kepentingan peribadi lebih diutamakandalam perjuangan mereka,” ujarnya.

Oleh yang demikian Pas khususnya di Pulau Pinang harus menyatakan pendirian mereka atau hakikat sebenarnya Pas hanya ibarat anjing menyalak bukit.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment