Najib berkata kini negara mempunyai Pelan Tindakan Pembangunan Francais (2016-2020) yang berpotensi mewujudkan 50,000 pekerjaan baharu dalam tempoh itu.
Sunday, June 14, 2015
Najib Galakan Lebih Banyak Institusi Kewangan Tawar Pembiayaan Mikro
13 Jun 2015, Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun
Razak mahu lebih banyak institusi kewangan menawarkan skim pembiayaan
mikro bagi membantu perniagaan di semua peringkat, termasuk kumpulan
berpendapatan rendah.
Beliau berkata skim pembiayaan akan membantu usahawan yang baru bertapak mendapat bantuan selain galakan yang mereka harapkan.
“Industri francais Malaysia sudah melakukan lonjakan besar sejak
kerajaan memperkenal Pelan Tindakan Pembangunan Francais Negara pada
2012,” katanya pada perasmian persidangan dan pameran Francais
Antarabangsa Malaysia (FIM) 2015 di sini hari ini.
Pelan tindakan itu yang antara lain merangkumi arah tuju, bertujuan
meningkatkan daya saing francais Malaysia serta mentransformasikan
perniagaan negara menerusi pembiayaan.
Najib berkata kini negara mempunyai Pelan Tindakan Pembangunan Francais (2016-2020) yang berpotensi mewujudkan 50,000 pekerjaan baharu dalam tempoh itu.
Bagi merealisasikannya, beliau berkata industri itu perlu bergerak ke
hadapan daripada sektor tradisional seperti makanan dan minuman,
pakaian, kesihatan dan kecantikan, kepada sektor yang menjanjikan
peluang besar seperti pendidikan, produk dan perkhidmatan hijau,
pelancongan perubatan serta produk dan perkhidmatan patuh Syariah.
Perdana Menteri gembira kerana usaha negara mempromosikan pertumbuhan dalam bidang francais sudah diperakui.
Beliau berkata sebuah organisasi yang mewakili francais Jepun,
‘Franchise Meets’ dalam Laporan Asianya menyebut bahawa : “Malaysia has
Asia’s – andprobably the world’s – most franchise friendly government”
(“Malaysia merupakan kerajaan paling mesra francais di Asia dan mungkin
di dunia”
Dalam Bajet 2015, RM20 juta diperuntukkan untuk meningkatkan lagi
industri francais dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan merangka Program Eksport Francais yang bermatlamat
menggandakan angka jenama dan premis francais Malaysia di luar negara.
Sempena penganjur FIM 2015 selama dua hari itu, empat syarikat
tempatan – Naza Tutti Fruitti, Marybrown, Kubah Emas Resources dan Smart
Reader Worldwide, menandatangani memorandum persefahaman dengan
pelbagai syarikat antarabangsa.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment