Thursday, June 18, 2015
Macam Sudah Ada Plan Ni....Kapal Tangki Dirampas Lanun 'Ditukar Nama' Kepada Kim Harmon
18 Jun 2015, Kuala Lumpur : Kapal tangki MT Orkim Harmony yang dirampas lanun kini
'ditukar nama' sebagai Kim Harmon bagi mengelakkan kapal itu dikesan di
perairan kemboja.
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul
Aziz Jaafar memuat naik gambar kapal tangki yang 'ditukar nama' di
Twitternya @ChiefofNavy pada petang Khamis.
Beliau berkata: "MT Orkim Harmony: Gambar terbaharu dengan nama baharu 'Kim Harmon'."
Menurut Abdul Aziz, kapal itu dibawah pengawasan dan gambar dirakamkan oleh helikopter milik TLDM, Super Lynx.
Beliau menambah, sekurang-kurangnya terdapat lapan lanun berada di kapal tangki itu ketika ini.
"MT Orkim Harmony: Sekurang-kurangnya lapan lanun berada di atas kapal.
Mereka bersenjatakan pistol dan parang. Mereka bercakap loghat
Indonesia," kata Abdul Aziz di akaun Twitternya.
Terdahulu, Abdul Aziz menerusi kenyataannya di Twitter berkata, semua
kru kapal tangki berkenaan berada dalam keadaan selamat dan suspek yang
merampas kapal tersebut sedang dipujuk untuk menyerah diri.
Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai
RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis minggu lepas
ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22
anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia. Anak kapal lain terdiri daripada
rakyat Indonesia dan Myanmar.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment