Friday, June 19, 2015
Mahathir Mengguna Taktik Anwar – Annuar Musa
19 Jun 2015, Kuala Lumpur : Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa
berkata, semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, beliau
tidak suka apabila bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengecamnya di media luar negara.
Bagaimanapun, bekas menteri kabinet itu berkata, Mahathir kini
menggunakan taktik sama bagi melepaskan rasa tidak puas hatinya terhadap
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kecewa dengan kenyataan Mahathir dalam akhbar harian Amerika Syarikat, The New York Times Annuar berkata:
“Kita berdukacita Tun memilih untuk bersuara kepada media luar negara".
“Sesuatu yang Tun sendiri sangat tak suka dulu, waktu saya dalam
kabinet Tun. Tun selalu menyebut betapa dia tak gembira bila ada pihak,
waktu itu Anwar, menggunakan media luar negara".
“Walaupun saya agak terkeliru sedikit sebagai menteri yang berkhidmat
di zaman dia, (tetapi) apa yang Tun sampaikan waktu dia jadi perdana
menteri dulu, saya lihat dia sendiri tak praktikkan,” katanya kepada
pemberita di ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini.
Dipetik daripada sumber : Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment