Friday, June 19, 2015
Semua Penentang Bangsa Malaysia Akan Cari Media Asing
EDITOR MENULIS...
19 JUN 2015
Tindakan Tun Dr. Mahathir
memburuk-burukkan pemimpin dan negara ini kepada media asing, tidak
mengejutkan. Dari sejarahnya, semua yang menentang kerajaan memang
begitu perangainya – agak-agak nak kalah, cari media asing.
Cuma dalam kes Tun Mahathir ini, ia agak
ironi kerana ketika zamannya, malah dalam beberapa hal seperti misteri
kehilangan MH370 tak berapa lama sebelum ini, Tun Mahathir meminta
rakyat Malaysia tidak percaya dengan laporan media asing.
Hari ini dia pulak buat benda sama.
Memang Tun Mahathir boleh berkata dia
tidak memburukkan negara ini tapi hanya Perdana Menteri, tapi jangan
lupa, yang dulu pun (ketika zaman beliau menjadi Perdana Menteri), media
asing banyak memburukkan beliau, bukan negara ini pun.
Pun begitu, rakyat jangan menyalahkan
Tun Mahathir. Beliau memang macam itu dari dulu, marah nyamuk bakar
kelambu. UMNO pun pernah dipastikan terus haram, krisis dengan badan
kehakiman diwujudkan, demi memastikan kuasanya tidak diganggu. Ini
memang style Tun Mahathir bila egonya tercabar.
Inilah harga yang terpaksa dibayar
rakyat Malaysia bila Datuk Seri Najib Tun Razak enggan menjadi budak
suruhannya. Dalam hal ini, rakyat perlu memikirkan mana satu musibah
paling besar – Tun Mahathir memburukkan negara melalui media asing atau
ada Perdana Menteri, tapi menjadi budak suruhan Tun Mahathir?
Saya cenderung kepada pilihan kedua,
terima kasih kepada Tun Mahathir kerana 22 tahun mengajar rakyat agar
tidak terpengaruh dengan media asing. Sampai hari ini, dek kerana
pendoktrinan bertahun-tahun macam itu, rakyat masih tidak begitu
terpengaruh dengan media asing, termasuk bila yang mengadu tu ialah Tun
Mahathir sendiri.
Terima kasih Tun.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment