Friday, June 19, 2015
Sibuk Urus Kemelut Parti, Nasib Rakyat Diketepikan – Irmohizam
19 Jun 2015, Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam
Ibrahim berkata kemusnahan pakatan pembangkang telah diduga lama dan ia
berpunca kerana berbeza ideologi selain setiap parti mempunyai agenda
sempit masing-masing.
Ujarnya, kepakatan mereka ini tidak membawa erti dan makna berbanding
dengan Barisan Nasional (BN) yang telah berjaya mewujudkan satu
rangkaian terbaik sejak daripada merdeka sehinggalah hari ini.
Tambah beliau walaupun sesetengah pihak menganggap BN semakin rapuh
dan bermasalah tetapi semuanya dapat diselesaikan dalam kelompok dan
kepompong BN.
“Kerana berbeza ideologi maka mereka tidak boleh bersama di bawah
satu pakatan. Bayangkanlah bagaimana mereka mentadbir negeri-negeri yang
ditadbir ketika ini seperti Selangor dan Pulau Pinang. Apa akan jadi
kepada rakyat khususnya dari sistem ekonomi, masalah berkaitan dengan
rakyat termasuk juga dari segi hala tuju sebuah kerajaan itu.
“Sebagai contoh di Selangor, disebabkan pergolakan politik ini, isu
pokok berkaitan rakyat iaitu isu air sehingga kini tidak mampu
diselesaikan. Saya melihat ramai yang melahirkan rasa khuatir akan
berlakunya gangguan air di bulan Ramadhan sehinggalah ke bulan Syawal
iaitu dimusim perayaan.
“Jika BN yang memerintah Selangor pada ketika ini, inilah fokus utama
kita. Tetapi sekarang ini ia berlaku sebaliknya. Hari ini kita lihat di
kalangan pakatan pembangkang sendiripun sudah tidak ada lagi
perimbangan dari segi rakyat tetapi hanya menumpukan kepada politik itu
sendiri,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Irmohizam yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, apa
yang berlaku ini jelas menunjukkan perbezaan dengan BN yang terdiri
daripada pelbagai kaum termasuk daripada Sabah dan Sarawak jika
dibandingkan dengan mereka yang hanya terdiri daripada tiga parti
sahaja.
Inipun tegas beliau lagi tidak boleh mereka selesaikan dalam bentuk
keluarga, maka rakyat harus berfikir bahawa BN lah merupakan sebuah
parti yang sepatutnya didokong.
“Saya akui ada kekurangan cacat celanya, tetapi dalam program
trasformasi politik sekarang ini pun kita menjurus kepada daripada parti
kepada rakyat dan daripada rakyat kepada parti.
“Jadi ini yang harus kita terjemahkan. Maka rakyat harus mengakui
bahawa pakatan pembangkang hari ini hampir pasti musnah. Mereka tidak
mampu untuk mencabar kredibiliti BN di dalam memperjuangkan nasib
rakyat.
“Walaupun mereka sering memburukkan BN namun BN tetap kekal utuh dan
diterima rakyat tetapi mereka yang pada mulanya kelihatan gah diluaran
kini rebah menyembah bumi disebabkan busuk yang disimpan selama ini
telah terbongkar,” katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment