Monday, June 22, 2015
Menantu Hadi Tidak Dilantik Semula Dalam Majlis Syura PAS
22 Jun 2015, Kuala Lumpur : Badai yang melanda PAS dilihat masih belum berakhir.
Dalam muktamar PAS baru-baru ini, golongan ulama’ telah memperolehi
kemenangan yang cukup besar sehingga berjaya menyingkirkan ahli-ahli
PASMA.
Namun dalam
Majlis Syura Ulama’ pula berlainan ceritanya. Menantu presiden PAS,
Zaharudin Mohamad tidak dilantik semula sebagai ahli Majlis Syura ulama.
Sesi beliau telah tamat baru-baru ini.
Memang agak
mengejutkan apabila Zaharudin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS
Pusat itu tidak termasuk dalam senarai ahli yang dilantik AJK PAS Pusat,
Dewan Ulama, Pemuda atau Wanita. Tindakan ini turut dilihat sebagai
gerakan untuk mengurangkan kuasa Hadi Awang sebagai Presiden PAS.
Walaubagaimanapun
Majlis Syura tetap mengekalkan Datuk Dr Haron Din sebagai mursyidul am
manakala Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub sebagai timbalannya.
Adakah Zaharuddin sememangnya benar-benar tidak layak duduk di kerusi
ahli Majlis Syura Ulama’?
Dalam masa
yang sama mereka cuba meredakan “kehangatan” keputusan tersebut dengan
menyatakan bahawa Zaharudin boleh dilantik semula melalui kuota 5 ahli
lantikan khas Majlis Syura untuk mencukupkan keahlian 17 orang.
Hakikatnya perkara ini tetap tidak sama apabila beliau tidak dilantik
dalam mesyuarat pertama Majlis Syura tersebut.
Dalam
keadaan konflik yang melanda PAS sekarang ini, memang bukan mudah untuk
mereka bertindak.Setiap gerak-geri PAS menjadi perhatian DAP yang
sentiasa mencari salah memandangkan mereka seperti berdendam apabila
usul tanpa bahas baru-baru ini untuk memutuskan hubungan dengan DAP
telah diterima sebulat suara.
Walaubagaimanapun
menurut pemimpin tertinggi PAS keputusan muktamat hanya boleh dicapai
dalam Majlis Syura. Dengan kata lain, keputusan muktamat memutuskan
hubungan dengan DAP bergantung sepenuhnya kepada Majlis Syura.
Dan yang
terkini Majlis Syura telah menyingkirkan menantu Hadi Awang dari senarai
keahlian mereka. Segala kontroversi ini mungkin ada dipergunakan oleh
DAP untuk mencemarkan lagi nama PAS.
Untuk
makluman Ahli Majlis Syura terdiri daripada empat yang dilantik AJK PAS
Pusat, empat oleh Dewan Ulama manakala dua masing-masing daripada Pemuda
dan Wanita. Seterusnya ahli yang dilantik tersebut akan melantik lima
lagi untuk menjadikannya 17 ahli.
Setakat ini
ahli yang dilantik dari AJK PAS Pusat adalah Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden
Idris Ahmad dan bekas Ahli Masjlis Syura, Hashim Jasin.
Manakala
Dewan Ulama pula melantik ketuanya Datuk Dr Mahfodz Mohamad, timbalannya
Ahmad Yakub, naib ketuanya Nik Zawawi Salleh dan ketua penerangan Datuk
Dr Khairuddin Aman Razali. Pemuda pula melantik ketuanya Nik Mohd Abduh
Nik Abdul Aziz dan bekas ketua Nasrudin Hassan.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment