Monday, June 22, 2015
Najib “Cukup Jantan” Selesaikan Masalah negara
22 Jun 2015, Kuala Lumpur : Mahathir telah melancarkan bermacam-macam bentuk
serangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri
Malaysia. Serangan yang cukup tidak bertanggungjawab ini sedikit
sebanyak mengganggu pelaksanaan sistem yang kerajaan laksanakan.
Namun Najib
tidak pernah gentar menghadapi segala fitnah, tohmahan, ugutan dan
bermacam-macam lagi yang cuba dilakukan oleh pihak pembangkang dan
Mahathir. Segala pemasalahan beliau atasi satu persatu dengan penuh
tertib dan bijaksana.
Dalam
kelembutan Najib, beliau cukup tegas dalam membuat keputusan. Segala
rengekan yang berunsurkan kepentingan peribadi dan mengabaikan
kepentingan rakyat tidak mendapat perhatian beliau.
Oleh itu
tuduhan Mahathir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan
berundur kerana bimbang didakwa di mahkamah adalah tidak berasas sama
sekali. Rakyat boleh menilai dengan jelas bahawa Najib “cukup jantan”
untuk menyelesaikan masalah negara.
Sebelum ini
Malaysiakini memetik bahawa dalam video yang dimuat naik baru-baru ini,
Mahathir antaranya berkata Najib enggan berundur kerana bimbang berdepan
pertuduhan jenayah. Rakaman itu dibuat dalam pertemuan tertutup
Mahathir dengan 50 aktivis NGO di Putrajaya minggu lepas.
Kini rakyat
melihat Mahathir sebagai “orang tua nyanyuk” apabila beliau berkata,
“selagi Najib kekal berkuasa, negara akan merosot dan tidak stabil”.
Hakikatnya amat bertentangan dengan kenyataan Mahathir. Ekonomi kita
berada dalam keadaan baik dengan pertumbuhan yang cukup
memberangsangkan.
Mahathir
terus menggunakan isu 1MDB untuk menyerang Najib walaupun 1MDB sedang
dalam proses audit forensik dan PAC. Pertanyaan demi pertanyaan yang
sama tetap diajukan walaupun jawapan bersama bukti telah disediakan oleh
pihak 1MDB.
Oleh itu
Mahathir dengan sendirinya telah mencemarkan kredibiliti beliau sendiri.
Segala soalan berulang yang telah mempunyai jawapan dan bukti akan
membuatkan rakyat sedar bahawa sesungguhnya Mahathir mempunyai agenda
peribadi sehingga sanggup mengadaikan kepentingan negara.
Baru-baru
ini pula Mahathir mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah dan
memburukkan nama negara dalam wawancara dengan The New York Times (NYT)
minggu lalu apabila beliau dipetik berkata, tindakan Najib ibarat beliau
seorang penjenayah.
Dendam
politik peribadi bagi warga emas ini dilihat makin keterlaluan. Beliau
telah cuba merosakkan negaranya sendiri dalam media antarabangsa.
Sekiranya Mahathir ini waras, beliau sepatutnya menunggu hasil siasatan
yang dijalankan Bank Negara Malaysia, Ketua Audit Negara dan
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
Kini rakyat
Malaysia benar-benar terganggu dengan ketidakwarasan Mahathir yang telah
diselubungi oleh kepentingan dan dendam peribadi. Kami benar-benar
berharap agar segala masalah yang ditimbulkan oleh Mahathir ini akan
segera berakhir.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment