Monday, June 22, 2015
Selepas Pakatan Berkecai…DAP, PAS dan PKR Bersembunyi Dengan Pendirian Yang Samar
22 Jun 2015, Kuala Lumpur : Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata
Pas, Dap dan PKR perlu menyatakan secara jelas pendirian mereka
berhubung kedudukan masing-masing di dalam pakatan pembangkang.
Menurut beliau mereka tidak boleh bersembungi di sebalik kedudukan
dan pendirian yang samar dan tidak jelas samada wujud kerjasama antara
Pas dengan PKR atau bekerjasama dengan Dap dan sebagainya.
“Komponen parti yang pernah terlibat dalam pakatan pembangkang dulu
mestilah menyatakan pendirian mereka. Mereka tidak boleh sembunyi di
sebalik kedudukan dan pendirian yang samar.
“Kena
lebih jelas samada mereka ingin bekerjasama dengan Pas, bekerjasama
dengan Dap atau PKR. Keadaan yang wujud hari ini tidak adalagi pakatan
rakyat tetapi di peringkat negeri pakatan boleh ada kerjasama.
“Ini saya rasa tidak jelas bagi rakyat. Jadi sapa kerjasama dengan
siapa, siapa yang berpakat dengan siapa dan apakah pendirian bersama
dengan isu-isu seperti hudud… sebab ini adalah isu pokok yang telah
mecahkan mereka,“ katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di sini, hari ini.
Beliau seterusnya menambah rakyat perlu menilai dan boleh membuat
pertimbangan antara Barisan Nasional (BN) dan kerjasama yang wujud di
dalam pakatan pembangkang yang tidak mampu bertahan lama.
“Antara parti komponen di dalam BN, walaupun berdepan dengan cabaran
dan masalah dalaman juga, tetapi ianya tidaklah sampai hingga tahap
memecahbelahkan kerjasama di dalam BN.
“Mereka terdiri daripada tiga parti tetapi tidak boleh tahan lama
berbanding dengan 13 parti dalam BN yang terdiri daripada kepelbagaian
agama, kaum, bangsa, pendirian politik dan sebagainya tetapi kita dapat
jaga keutuhan BN dengan baik.
“Rakyat kena nilai dari sudut setiakawan dan dari segi ideologi yang
didokong bersama menerusi BN. Pembangkang sudah jelas mereka bukan hanya
sekadar parti berbeza malah ideologi berbeza. Dengan itu saya rasa
ianya bukanlah barisan dan kumpulan yang boleh diharapkan untuk
memerintah negara,“ katanya.
Menjawab soalan mengenai kemelut rakan komponen BN MIC, Khairy yang
juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya berharap kemelut dalaman parti itu
dapat diselesaikan sebaik mungkin.
“Walaupun secara dasarnya kita tidak campur urusan komponen, tetapi
bagi pemuda UMNO kita berpendapat dan kita rasa bahawa pemimpin parti
komponen sepatutnya tidak menyalahkan Perdana Menteri berkenaan masalah
dalaman yang dihadapi oleh parti mereka dan sekiranya ada usaha untuk
salahkan PM, ini dilihat sebagai satu tindakan untuk menutup kelemahan
kepimpinan parti itu sendiri.
“Harapan Pemuda UMNO agar masalah ini diselesaikan dengan cepat. Kita
dapat sokongan yang baik daripada masyarakat India pada pilihan raya
umum yang lepas dan sekiranya masalah ini tidak diselsaikan maka kami
khuatir akan jejaskan sokongan pada pilihan raya akan datang. MIC mesti
dengan secepat mungkin selesaikan masalah ini berdasarkan sokongan
majoriti dalam MIC dan kita harap suara majoriti itu dapat selesaikan
kemelut,“ katanya.
Dalam perkembangan lain, Khairy turut memaklumkan sempena bulan
Ramadhan pergerakan itu akan menganjurkan beberapa program seperti
majlis berbuka puasa perdana yang akan diadakan di Tampin, 5 Jun depan
dan Qiamullail Perdana bersama mahasiswa.
“Kita sasarkan 1000 mahasiswa dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.
Selain itu kita juga akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam masa terdekat,” katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment