Sunday, June 21, 2015
Najib Ucap Selamat Hari Bapa, Kongsi Foto Bapa Dan Agong Di Laman Sosial
21 Jun 2015, Kuala Lumpur : Bersempena sambutan Hari Bapa hari ini,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi gambar ayahandanya
Tun Abdul Razak Hussein bersama Yang di-Pertuan Agong kelima Tuanku
Abdul Halim Mu’adzam Shah pada tahun 1970-an dalam laman sosial twitter
dan Facebooknya.
Turut dipaparkan gambar Najib dengan Tuanku Abdul Halim setelah
baginda dilantik sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 sejak
13 Dis 2011.
“Saya sedang melihat gambar-gambar lama dan menemui ini. Beliau ialah
ayahanda yang saya kongsi dengan Malaysia. #Selamat Hari Bapa kepada
semua bapa!,” catat perdana menteri.
Dua
keping gambar itu yang dimuat naik oleh Najib memaparkan kedudukan yang
sama iaitu beliau dan ayahandanya duduk di sebelah kiri Tuanku Abdul
Halim atas sofa yang hampir sama bentuknya dengan masing-masing
menggenggam kedua-dua belah tangan.
Tuanku Abdul Halim merupakan Yang di-Pertuan Agong ketika Tun Abdul
Razak menjadi perdana menteri kedua pada 22 Sept 1970 sehingga 14 Jan
1976, dan baginda sekali lagi dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong
pada 13 Dis 2011 ketika Najib sebagai perdana menteri keenam.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment