Thursday, June 11, 2015
Perjanjian Air : Kerajaan Negeri Cakap Tidak Serupa Bikin
10 Jun 2015, Kuala Lumpur : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
Selangor, Datuk Seri Noh Omar melahirkan rasa kecewanya terhadap
kerajaan negeri Selangor yang diibaratkan tidak mengota janji untuk
memberikan kerjasama terharap perjanjian penstrukturan perkhidmatan
industri bekalan air bagi meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2
(Langat 2).
Jelasnya, walaupun Menteri Besar Selangor, Azmin Ali pernah membuat
kenyataan untuk memberikan kerjasama namun hasil semakan yang dibuat
pada 27 Mei lalu keputusannya amat mendukacitakan.
“Kerajaan negeri masih tidak memenuhi syarat-syarat terdahulu. Kalau
ianya tidak dipenuhi bagaimana perjanjian utama hendak dilaksanakan.
“Sedangkan kerajaan persekutuan telahpun memenuhi perjanjian dan
telah menyediakan RM2 billion untuk diberikan kepada kerajaan negeri
bertujuan membayar syarikat-syarikat konsesi air.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga melahirkan
harapannya terhadap perkara ini semasa berucap membentangkan Rancangan
Malaysia Ke-11 ( RMK-11) dengan meminta agar projek Langat 2 disegerakan
kerana Selangor kini sedang menghadapi krisis air,” ujarnya kepada
UMNO-Online.
Tambah beliau, berkemungkinan krisis air di Selangor akan menjadi
lebih teruk apatah lagi bulan puasa dan hari raya bakal menjelang tidak
lama lagi.
“Tapi bagi kerajaan negeri, mereka tidak memikirkan ini semua. Yang
difikirkan hanyalah kuasa dan apa kepentingan politik yang bakal mereka
porelehi.
“Sekiranya sesuatu projek itu ada kelebihan politik kepada kerajaan
Barisan Nasional (BN) maka mereka akan cuba halang dan ganggu. Mereka
langsung tidak memikirkan bahawa perkara ini adalah untuk kesenangan
rakyat. Bukannya untuk parti BN.
“Saya amat kesal dengan tindak-tanduk pembangkang yang hanya mementingkan politik daripada rakyat,” ujarnya lagi.
Beliau turut menempelak sikap pembangkang yang hanya tahu bercakap
dan menuduh kerajaan pimpinan BN dengan pelbagai dakwaan sedangkan
mereka sendiri sentiasa mengutamakan agenda peribadi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment