Sunday, June 28, 2015
Perli ker apa ni....Amaran 'Tenggelam': Mat Sabu Ucap Terima Kasih Kepada Hadi
Petaling Jaya : Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan
memperhalusi teguran mahu pun kecaman terhadapnya berhuhung rancangan
penubuhan sebuah parti baharu yang dikatakan akan menggantikan peranan
PAS dalam pakatan pembangkang.
Mohamad yang kini mengetuai gerakan yang dikenali sebagai G18 berkata,
beliau dan ahli kumpulannya amat mengalu-alukan peringatan dan amaran
khususnya daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung
rancangan mereka selepas tewas pada pemilihan parti awal bulan ini.
"Sebarang peringatan, teguran dan kecaman...saya dan rakan-rakan akan
mengambil kira dan akan bincang secara halus dan terperinci sebelum
langkah-langkah seterusnya diambil.
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak, daripada Mursyidul Am
hinggalah ke bawah yang memberikan peringatan kepada kami dalam hal
untuk samada menubuhkan parti yang lain ataupun mengambil
langkah-langkah yang lain ke arah mempertahankan Islam dan masyarakatnya
dan rakyat Malaysia secara amnya," katanya.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian menerusi kenyataan pada petang Jumaat.
G18 merujuk kepada 18 pemimpin PAS yang tersingkir dalam pemilihan parti itu.
Sebelum ini Hadi memberi amaran bahawa pemimpin dan ahli PAS yang
menyertai parti dan pertubuhan lain akan 'tenggelam' bersama parti
baharu itu.
Kenyataan Hadi disokong Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
yang mengatakan bahawa sejarah membuktikan penubuhan parti serpihan PAS
tidak mampu bertahan lama.
Mohd Amar menamakan Parti Melayu Semangat 46 dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) sebagai contoh.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment