Sunday, June 28, 2015
Tindakan Terhadap Sarawak Report: Kerajaan Tunggu Laporan Rasmi
Kuala Lumpur : Kerajaan akan menunggu laporan daripada pihak berkuasa
Thailand terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap
blog, Sarawak Report mengenai emel yang didakwanya mempunyai bukti
perjanjian antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan PetroSaudi
International Ltd. (PetroSaudi).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak mahu
mendahului laporan rasmi daripada pihak berkuasa Thailand berhubung isu
berkenaan.
"Kerajaan Thailand menerusi polis mereka akan memaklumkan kepada polis Malaysia sedikit masa lagi.
"Kalau kita dapat tahu apa-apa penentuan yang dibuat dan bukti yang
jelas dikemukakan oleh kerajaan Thailand, maka kita akan membuat
keputusan yang sewajarnya," katanya pada sidang media selepas
mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di sini, Jumaat.
Pada Rabu lalu, sebuah akhbar Thailand, Bangkok Post melaporkan polis
Thailand telah menahan bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo
dan mendakwa atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan.
Dilaporkan, siasatan awal mendapati Justo bertanggungjawab memberi maklumat yang salah kepada Sarawak Report.
Najib berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sedang menunggu
laporan yang bakal diterima daripada kerajaan Thailand melalui pihak
polis di negara jiran itu.
"Apapun kita tunggu laporan dan pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Thailand," katanya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment