Thursday, June 18, 2015

Siapa Tak Marah Berdemo Didepan Rumahnya...Zuraidah Meroyan Dengan Teguran Bung Mokhtar

Sesiapa pun marah apabila ada orang berdemo didepan rumahnya.Inilah masalah pemimpinan PR yang tidak sensitif langsung pada orang lain.Malu lah sikit...Kalau benar Bung ada buat kesilapan ker atau silap perlu ker berdemo didepan Rumah?

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin berang dengan satu protes yang diadakan di luar kediamannya di Ampang. Beliau berkata demikian semasa perbahasan Rang Undang-Undang Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015.   Katanya, sekumpulan wanita dari Ampang telah menceroboh rumahnya hari ini, sambil memegang sepanduk dan antara lain melaungkan  'reformasi'.

Bung Moktar berkata laporan polis telah dibuat sambil menambah bahawa apa yang berlaku dalam Dewan hendaklah diselesaikan di Dewan. "Jangan biadap. Nasib baik saya tidak ada. Kalau saya ada, mungkin ada yang mati di situ. Jangan cabar saya". Protes itu dipercayai diadakan sebagai tindak balas terhadap kenyataannya terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment