Sunday, June 14, 2015
Utamakan Kepentingan Parti – Tun Abdullah
12 Jun 2015, Kuala Lumpur : Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta anggota UMNO
terus mengutamakan kepentingan parti demi kelangsungan masa depan
parti berkenaan.
Bekas perdana menteri itu berkata setiap anggota UMNO tidak
seharusnya bertindak keterlaluan berhubung sesuatu isu sehingga memberi
kesan negatif kepada hala tuju parti itu
“Macam-macam pandangan masing-masing dalam keadaan yang berlaku hari
ini. Yang pentingnya kita sendiri mesti teguhkan pendirian kita dalam
(memilih) apa yang baik.
“…kerana akhirnya kita yang hendak tentukan parti, takkan hendak tinggalkan (lakukan sesuatu kepada) parti sehingga membawa sesuatu yang
tidak baik,” katanya selepas melancarkan enam buku baharu
terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di institut berkenaan,
di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut melibatkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad, ketika ini.
Abdullah berkata anggota UMNO sewajarnya tahu membezakan urusan parti
dengan isu lain bagi mengekalkan perpaduan dalam kalangan anggota parti
itu, sama ada di peringkat pimpinan tertinggi mahupun akar umbi.
“Saya tidak keliru (krisis yang berlaku melibatkan Najib dan Dr Mahathir) dan saya tetap faham tentang UMNO,” katanya.
Enam buku baharu itu ialah ‘Pengurusan & Pemuliharaan Alam
Sekitar Dari Perspektif Islam'; ‘Kewangan Islam – Pemikiran Dan
Penilaian Kontemporari'; ‘Memperkasa Peranan Teknodaie – Cabaran Dalam
Pembangunan Dan Penggunaan ICT'; ‘Preservation Of Human Progeny In The
Age Of Biotechnology'; ‘The Influence Of Islam Upon Classical Arabic Scientific Writings: An Examination Of The
Extent Of Their Reference To Quran, Hadith And Related Texts'; dan
‘Makanan Antara Sunnah & Sains’.
Sebarang maklumat lanjut berkaitan enam buku baharu itu boleh
didapati menerusi portal IKIM di www.ikim.gov.my dan Facebook IKIM.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment