Thursday, June 11, 2015

Wanita BN Lancarkan ‘Misi Sayang: Tabung Bencana Gempa Bumi Sabah’

7 Jun 2015, Kuala Lumpur : Wanita Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan ‘Misi Sayang: Tabung Bencana Gempa Bumi Sabah’ untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat bencana itu.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pihaknya telah memulakan sumbangan sebanyak RM20,000 dan kutipan derma berkenaan akan diteruskan anggotanya di seluruh negara.
Shahrizat-Abdul-Jalil-332
“Saya mewakili Wanita BN melahirkan rasa sedih dan simpati atas tragedi bencana gempa bumi yang melanda Sabah. Saya berdoa agar usaha mencari dan menyelamat berjalan lancar serta dipermudahkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan bantuan daripada pelbagai pihak untuk sama-sama menyumbang melalui tabung itu.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pihak sekretariat di talian 03-40456966 atau emel kepada media.wanitabn@gmail.com.

Dalam kejadian pada 7.15 pagi Jumaat lepas, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda kawasan Ranau di Sabah, menjadikannya gempa terkuat yang pernah dialami Malaysia setakat ini.

Gempa bumi sederhana itu disusuli gegaran kecil yang turut dirasai di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment