Friday, April 17, 2015
Boleh Percayakah Wan Azizah, Kronismenya?
17 April 2015, Kuala Lumpur : Memang pening dibuatnya kalau jentera kempen
pilihan raya pakatan pembangkang turun padang di Permatang Pauh bermula
27 April nanti.
Di kawasan pusat daerah mengundi (PDM) yang ramai pengundi Cina,
misalnya PDM Cross Street atau PDM Berapit Road, peraih undi DAP tidak
akan menang tangan sibuk bantai hudud dibawa Pas.
Di Guar Perahu dan Sama Gagah pula orang Pas mempertahankan hudud.
Walaupun Penanti, salah satu dari tiga DUN dalam Permatang Pauh,
wakil rakyatnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), jangan ditidakkan
pengaruh Pas di situ. Orang Pas ramai, banyak pondok agama sekitar
Penanti.
Lagipun, sekutu rapat DAP dalam pakatan, PKR sudah terlalu lama di Permatang Pauh.
Anwar sahaja sudah 33 tahun, sejak 1982 lagi. Lama sangat. Tetapi apa yang dibuatnya.
Duduk dalam kerajaan selama empat penggal dan keluar kerajaan pun,
masih tidak ada apa-apa. Mendakwa UiTM dibawanya masuk ke Permatang
Pauh, tetapi sebenarnya usaha Perdana Menteri waktu itu.
Memprojekkan diri dengan panggilan ‘pak sheikh’, tetapi terbukti bersalah pula di mahkamah atas kes liwat.
Boleh percayakah lagi orang Permatang Pauh dengan PKR ini? Apabila
Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menang di Permatang
Pauh ketika itu, dia terus ‘resign’, kosongkan kerusi pula untuk
suaminya.
Di Kajang tempoh hari, boleh pula suruh wakil rakyatnya berhenti sebab nak letak anggota keluarga di situ.
DAP pun satu hal. Untuk persiapan Pilihan Raya Kecil Parlimen
Permatang Pauh ini, ada dipanggilnya orang Pas bermesyuarat? Atau
DAP-PKR sahaja.
Semasa kempen pilihan raya umum lalu, DAP banyak janji sini, janji
sana. Ada 14 isu yang mahu diselesaikannya. Antaranya, kesesakan,
banjir, hakisan tanah dan lain-lain lagi.
Tetapi, satu pun tak selesai. Malah Pulau Pinang lagi teruk sesaknya, surcaj air meningkat, cukai tanah dan cukai pintu naik.
Kalau letak kereta 40 sen sejam, kena beli satu buku (kupon) berharga
RM5. Rumah kos rendah pula langsung tidak diusik. Keutamaan bina rumah
di bahagian pulau pun sangat tinggi, dijual pada harga sekitar
RM500,000. Slogan nak bantu rakyat tidak ada. Slogan tinggal slogan.
Sampai masanya elok pengundi Permatang Pauh ubah selera. Tukar kepada calon lain pula.
Dulu, Wan Azizah turun berkempen – menangis, raih simpati. Sekadar berbuat begitu, tidak ada apapun di Permatang Pauh.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment