Friday, April 17, 2015

Hinanya Najib Di Mata UMNO Kedah dan Hipokrasi Pimpinan Sayap

17 April 2015, Kuala Lumpur : Betapa hinanya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak apabila Tiga Sayap UMNO Kedah membuat desakan supaya Perhubungan UMNO Negeri Kedah tidak membuat sebarang kenyataan menyokong kepimpinan beliau pada minggu hadapan seperti yang diumumkan sebelum ini.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvhBMdZ6o1nwsY5mJYcRHG8_j3b72vAp7PuWhIz1Ds01Nv4Xn8d8uU46HBEqoNWVWc7kV_3YCijQNxoty6AUqhx-AYUE30jqKtCd29zEtKY2SEBDBquIj1ZxJr7k-9IDx9IuL-bvZ9j0Eh/s400/mukhriz-mahathir-kedah-flag.png
Ketia-tiga ketua sayap ini, Ketua Pemuda UMNO Kedah Dato Shaiful Hazizy, Ketua Wanita, Datuk Maznah Hamid dan Datin Noorhashimah, Ketua Puteri UMNO Kedah baru beberapa hari lalu bersama Pergerakan Pemuda UMNO, Wanita dan Puteri membawa usul menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

Hari ini, selepas berjumpa dengan Mneteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mereka mendesak supaya UMNO Kedah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong kepimpinan Mohd Najib.

Sebelum ini ADUN Bukit Lada (Kedah) Datuk Ahmad Lebai Sudin mendesak Mukhriz meletakkan jawatan Menteri Besar Kedah jika beliau tidak lagi menyokong kepimpinan Mohd Najib. 

Desakan ini berikutan keengganan Mukhriz mengeluarkan kenyataan segera menyokong Najib setelah Tun Mahathir mengisytiharkan beliau menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri.

Kita faham penghormatan dan kasih sayang semua pihak kepada Tun Mahathir. Menyokong Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO bukan bermakna kita menghina Tun M. Ia sekadar berbeza pendapat dalam menyokong siapa dalam parti.

Mereka juga boleh berbeza pendapat dengan Presiden parti dalam isu, namun mendesak Pengerusi Perhubungan Negeri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong Presiden merupakan isyarat jelas bahawa mereka menolak kepimpinan Najib.

Ketiga-tiga mereka merupakan jawatan lantikan Ketua-ketua sayap. Terserah kepada Khairy Jamaluddin, Shahrizat Abdul Jalil dan Mas Eirmayatie. 

Memang benar Mukhriz berada dalam serba salah dan memerlukan masa untuk menyelesaikan kekusutan krisis antara bapanya, Tun Mahathir dan Perdana Menteri Najib Razak. Namun untuk ketiga-tiga sayap muncul membuat desakan ini sama ada diarahkan oleh Mukhriz atau tidak merupakan satu keputusan untuk menentang kepimpinan Pusat.

Inilah balasan UMNO Kedah kepada Najib Razak setelah pelbagai permintaan semasa pilihan raya dan selepas pilihan raya dipenuhi oleh Najib.

Apa yang UMNO Kedah minta tidak diberi oleh Mohd Najib? 

Malah permintaan untuk membina lapangan terbang ketiga telah dipersetujui oleh Mohd Najib walaupun banyak pihak mempertikaikan keperluannya. 

Mohd Najib bukan sahaja memenuhi banyak permintaan Kedah, malah ia juga memenuhi permintaan Tun Mahathir agar mengumumkan Mukhriz sebagai calon Menteri Besar yang baharu sebelum pilihan raya lagi.

Memang ada faktor tarikan dalam pengumuman Mukhriz sebagai bakal Menteri Besar. 

Namun faktor Mukhriz semata tanpa sokongan dan dokongan UMNO kedah yang digerakkan oleh Datuk Ahmad Bashah dan bantuan kewangan yang besar dari Pusat, mustahil hari ini beliau menjadi Menteri Besar Kedah.

Selepas dua tahun setengah menjadi Menteri Besar, rakyat belum merasai apa-apa yang jelas kecuali kelibat Menteri Besar Kedah memakai jubah turun ke surau-surau dan kampung-kampung. Mukhriz memang mudah didampingi, tapi soal pentadbiran isu yang lain boleh dibahaskan.

Anehnya Menteri Besar dan pimpinan UMNO Kedah lebih berminat untuk menghakimi pencapaian kepimpinan pusat tanpa melihat pentadbiran sendiri.

Jangan nanti orang kata kita “berkokok sekampung tapi ekor penuh tahi.”

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment