Tapi nampaknya itu juga tidak menerima Mat Sabu sebagai Presiden PAS bila kawasan PAS yang diketuai seorang liberal macam PAS Kawasan Bukit Gelugor, menolak untuk mencalonkan Mat Sabu sebagai Presiden, sebaliknya meletakkan orang lain.
Friday, April 17, 2015
Liberal PAS Pun Tolak Mat Sabu Jadi Presiden
EDITOR MENULIS...
17 April 2015
Saya.. secara tiba-tiba terfikir sekarang, dimana
kedudukan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, maksud saya, kelompok mana
beliau duduk dalam persaingan merebut jawatan Presiden PAS sekarang.
Sedangkan kita tahu, Mat Sabu adalah
calon pilihan DAP, PKR dan yang tak sebulu dengan Majlis Syura Ulama PAS
untuk menggantikan Hadi Awang sebagai Presiden.
Kelompok ulama, siang-siang Mat Sabu dah
out, kotlah kelompok liberal.
Tapi nampaknya itu juga tidak menerima Mat Sabu sebagai Presiden PAS bila kawasan PAS yang diketuai seorang liberal macam PAS Kawasan Bukit Gelugor, menolak untuk mencalonkan Mat Sabu sebagai Presiden, sebaliknya meletakkan orang lain.
Tapi nampaknya itu juga tidak menerima Mat Sabu sebagai Presiden PAS bila kawasan PAS yang diketuai seorang liberal macam PAS Kawasan Bukit Gelugor, menolak untuk mencalonkan Mat Sabu sebagai Presiden, sebaliknya meletakkan orang lain.
Sebelum ini, satu lagi boneka DAP, Nizar juga ditolak di Kampar, tapi itu untuk persaingan YDP Kawasan.
Apa pun yang penting sekarang ialah, ini
menunjukkan, disebalik sokongan kuat DAP ke atas pencalonan Mat Sabu,
ahli akar umbi PAS, termasuk golongan liberal sendiri, menolak dia untuk
menjadi Presiden parti tersebut.
Tambah malang lagi, Presiden PAS
bukanlah setaraf Presiden UMNO, dia lebih kurang macam Presiden PKR,
nama saja Presiden tapi ada orang lain lebih atas. Dalam kes PKR,
Anwarlah, dalam kes PAS, Haron Din.
Itupun orang PAS taknak bagi pada Mat Sabu juga, betapa besar punya hina.
Justeru, harapan DAP nak mengawal PAS
secara kawalan jauh melalui Mat Sabu (taktik sama yang cuba digunakan
Tun Mahathir terhadap Datuk Seri Najib sekarang), nampaknya akan tinggal
impian. Ia juga bermaksud hudud akan terus menghambat ‘kerjasama’
dengan parti-parti lain dalam Pakatan.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment