Monday, April 20, 2015
Krisis Dalaman Pembangkang Bukan Isu Utama UMNO Dalam PRK – Ahmad Maslan
16 April 2015, Rompin : UMNO tidak perlu menjadikan krisis dalaman
pembangkang sebagai modal untuk meraih undi dalam pilihan raya kecil
(PRK) Parlimen Rompin dan Permatang Pauh, kata Ketua Penerangan UMNO
Datuk Ahmad Maslan.
Beliau memberikan jaminan bahawa jentera pilihan raya parti tidak
akan berbuat demikian untuk memastikan Rompin kekal sebagai kubu kuat
Barisan Nasional (BN).
Pembangkang juga tidak boleh menjangkakan kemenangan mudah di
Permatang Pauh kerana BN akan memberikan tentangan sengit di sana,
katanya.
“Kami akan memberikan tumpuan untuk mengukuhkan jentera parti kami.
Krisis dalaman dihadapi pembangkang bukan tandanya yang kami berada
dalam zon selesa,” katanya selepas menghadiri taklimat tentang isu-isu
semasa di Felda Keratong 5 dekat sini, hari ini.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam Datuk Wan Kadri Wan Mahusain.
Ahmad
turut mengambil perhatian bahawa BN akan memberi tumpuan pada empat isu
yang dijangka dimainkan oleh pembangkang bagi meraih sokongan di Rompin
dan Permatang Pauh.
“Isu berkenaan adalah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan
(CBP), Felda, 1MDB dan isu berkaitan kritikan bekas Perdana Menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kami akan memberikan penerangan yang sejelas-jelasnya supaya orang
ramai boleh faham dan menerima keputusan dibuat oleh perdana menteri
berhubung isu berkenaan,” katanya.
PRK Parlimen Rompin dijadualkan 5 Mei, selepas penyandangnya Tan Sri
Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih,
Selangor pada 4 April lepas.
PRK Parlimen Permatang Pauh perlu diadakan selepas Lembaga
Pengampunan pada 16 Mac lepas menolak petisyen pengampunan diraja yang
dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui
anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Ketua Umum PKR itu hilang
kelayakan sebagai wakil rakyat.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment