Monday, April 06, 2015

Rafizi Usah Jadi Batu Api, Lebih Baik Perbetulkan Dulu Parti Sendiri

6 April 2015, Kuala Lumpur : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dinasihat agar tidak mencampuri urusan parti lain, kerana adalah lebih baik jaga parti beliau sendiri.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, Ahli Parlimen Pandan itu tidak perlu menjadi batu api untuk menghasut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaitkannya dengan pembunuhan Antantuya Shaariibuu.

http://www.kwiknews.my/sites/default/files/Rafizi_505.jpg

Kritikan Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Najib baru-baru ini tegas beliau hanya bersifat dalaman yang tidak perlu campur tangan orang luar seperti Rafizi.

“Sebaiknya Rafizi menjaga PKR yang dipalit imej negatif kerana pemimpinnya sendiri dikaitkan dengan kes liwat dan dipenjarakan selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

“Malah PKR juga berhadapan krisis merumitkan dengan Dap dan Pas berkaitan isu hudud yang menggoncang semangat setiakawan dalam pakatan pembangkang.

“Sebagai orang luar, Rafizi tidak berhak mencampuri urusan UMNO dan Barisan Nasional, atau cuba mempersoalkan kewibawaan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Titiwangsa.

Tambahnya, Rafizi perlu terima hakikat bahawa PKR semakin dikenali sebagai parti nepotisme kerana dikuasai oleh anak beranak Anwar Ibrahim.

Oleh yang demikian, tegas beliau lagi Rafizi perlu menjadi jaguh untuk menaikkan namanya sendiri walaupun hujahnya penuh dengan pembohongan agar dilihat hebat oleh para penyokongnya.

“Jika Rafizi seorang yang berpengaruh, sudah tentu beliau mampu menangani krisis yang melanda PKR dan parti sekutu, malangnya Rafizi lebih gemar menyerang parti orang lain.

“Tindakan Rafizi ini tidak ubah seperti kata pepatah, bangkai kuman di seberang laut nampak tetapi bangkai gajah di hadapan mata langsung tak perasan.

“Rafizi tidak perlu memperosalkan kredibiliti Datuk seri Najib Tun Razak kerama kepimpinan beliau diterima oleh rakyat dan buktinya UMNO/BN terus diberi mandat untuk memimpin negara pada PRU13 yang lalu,” tambahnya.

Kata beliau lagi, PKR sudah 15 tahun ditubuhkan dan sepatutnya sudah matang tetapi untuk menhadapi pemilihan parti sendiri pun kecoh, apa lagi hendak mentadbir sebuah negara.

“Letak jawatan Ahli Parlimen dan ADUN sesuka hati, malah bertindak pecat MB yang dilantik sekiranya tidak mengikut kemahuan pucuk pimpinan sudah menjadi adat dalam PKR”, ujarnya. 

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment