Monday, April 06, 2015
PRK Permatang Pauh : Siapa Sebenarnya Yang Terdesak?
6 April 2015, Pulau Pinang : Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Abu Bakar
Zainul Abidin berkata dalan situasi politik terkini tekanan sebenarnya
lebih kepada pihak pakatan pembangkang untuk mempertahankan kawasan
mereka pada pilihanraya kecil bukan di pihak UMNO khususnya Barisan
Nasional (BN).
Justeru jelas beliau tidak timbul soal UMNO terdesak kerana dalam
keadaan pakatan bercakaran sesama sendiri sudah pasti tekanan berada di
pihak pakatan pembangkang apatah lagi Permatang Pauh adalah kawasan
ketua mereka sendiri.
Tambahnya lagi bukan satu rahsia betapa percakaran serta hubungan
sesama pakatan pembangkang masih lagi berada dalam suhu yang cukup
tinggi selain masalah dalaman parti itu sendiri.
“Jadi tidak perlulah nak timbulkan apa-apa termasuk mengatakan kita
terdesak dan sebagainya. Kita dalam mana-mana pilihan raya bersama parti
komponen yang lain akan berusaha meyakinkan rakyat khususnya kalangan
pengundi setempat.
“Pengundi yang akan menentukan siapa wakil mereka dan siapa yang akan
mereka berikan kepercayaan untuk mewakili mereka di kawasan berkenaan.
Kita melihat kenyataan seumpama itu tidak lebih bersikap politik. Kita
sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa demi kepentingan
rakyat. Paling penting tidak terkeluar daripada landasan perjuangan UMNO
dan BN.
“Jadi tumpukan masalah dalaman mereka dan hubungan sesama mereka di
dalam pakatan pembangkang. Jangan cuba menutup pekung yang dah makin
terdedah dan jangan cuba alih isu yang sebenarnya,” katanya kepada
UMNO-Online, di sini, hari ini.
Beliau seterusnya menambah bukan sahaja pengundi malahan Pas pun
sedar dan tahu bagaimana senario sebenar di kawasan berkenaan yang mana
wakil rakyat Permatang Pauh tidak berfungsi sebaik mungkin.
Ketika ditanya menegnai persediaan Pemuda UMNO Permatang Pauh
menjelangnya PRK itu nanti, beliau menambah pihaknya akan memberi fokus
kepada pengundi muda selain penekanan kepada tanggungjawab yang lain.
“Kita dalam ‘mood’ standby dan hanya menunggu masa untuk digerakkan
bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) kelak. Kita akan
melipatgandakan lagi usaha untuk mengenalpasti pengundi muda yang
berdaftar sebagai pengundi.
“Sebelum ini pun kita dah bersama dengan mereka… cumanya kali ini
secara menyeluruh untuk membantu mereka menunaikan tanggungjawab sebagai
pengundi. Kita akan dekati mereka untuk tahu apa ketidakpuasan hati dan
sebagianya,” ujar beliau.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment