Friday, April 17, 2015
Sayap UMNO Kedah Desak Mukhriz Jangan Sokong Najib?
16 April 2015, Kuala Lumpur : Dalam satu sidang akhbar mengejut hari ini, Tiga
Ketua Sayap UMNO Negeri Kedah mendesak Datuk Seri Mukhriz Mahathir,
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah tidak mengeluarkan sebarang
kenyataan sokongan kepada Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada 24
April 2015 nanti.
Ketiga-tiga sayap, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Kedah menyatakan
sokongan penuh kepada pentadbiran Mukhriz Tun Mahathir dan menolak
sebarang ancaman terhadap pentadbiran beliau.
Malah mereka memberi amaran pada individu yg cuba ‘menganggu gugat’
perpaduan UMNO Kedah, supaya tidak bertindak sedemikian. Atau mereka
terpaksa berhadapan dengan Ketua-ketua sayap ini.
Mereka juga memohon Dato Seri MB agar tidak mengeluarkan sebarang
kenyataan (mengenai sokongan) walaupun pada tarikh 24hb April ini.
Kenyataan ini dibuat selepas perjumpaan dengan Menteri Besar Mukhriz Mahathir petang tadi di Bangunan UMNO Negeri Kedah.
Sebelum ini Mukhriz menyatakan Perhubungan UMNO Negeri Kedah akan
membuat ketetapan untuk memberi kenyataan sokongan atau tidak kepada
Perdana Menteri pada 24 April ini.
Kebanyakan UMNO Negeri telah menyatakan sokongan terbuka kepada
kepimpinan Mohd Najib Tun Razak sebagai reaksi kepada kenyataan bekas
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa beliau telah menarik balik
sokongan kepada Mohd Najib.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment