Friday, April 17, 2015
DAPSY Dah Putus Hubungan Dengan PAS, Kenapa Nak Tolong Lagi?
16 April 2015, Kuala Lumpur : Pemuda PAS Permatang Pauh tidak akan bekerjasama untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
Jelas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah, ia berikutan
tindakan Pemuda DAP (DAPSY) sebelum ini yang telah memutuskan hubungan
dengan PAS di Pulau Pinang kerana tidak bersetuju dengan perlaksanaan
Hudud yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“DAPSY sendiri dah putuskan hubungan dengan kita, jadi untuk apa kita nak pergi tolong dalam kempen kali ni?
“Sedangkan kita pun tidak dijemput semasa pelancaran jentera hari
itu, untuk apa kita nak pergi ke sana pula?itu bukan tanda hormat dan
sepakatnya di antara parti-parti gabungan,” katanya ketika dihubungi
BNBBC.my.
DAPSY Pulau Pinang sebelum ini telah mengumumkan pembekuan sebarang
bentuk hubungan kerjasamanya dengan Dewan Pemuda PAS negeri berkuat
kuasa serta-merta.
Ketua Pemudanya Ng Wei Aik berkata langkah itu adalah pendekatan
terbaik dalam menunjukkan pendirian parti itu yang tidak dapat
berkompromi dengan kerajaan PAS Kelantan yang terus dengan tindakan
membentangkan rang undang-undang Hudud.
Namun jelas Yusni, bantuan akan diberikan jika DAPSY menarik balik
kenyataan sekaligus kerjasama akan terus diberikan serta-merta.
“Kita macam mana pun memang akan tetap berkempen, dan kita akan
tolong, tapi Hudud akan jadi isu utama kita untuk beri penerangan,”
katanya lagi.
Mengulas lanjut, Yusni berkata PKR perlu memikirkan calon yang lebih
layak untuk diletakkan di kawasan tersebut kerana kebanyakan wakil di
negeri itu menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon di
Permatang Pauh.
“Dulu dah kata sibuk nak jaga cucu, pergilah jaga, jangan sibuk nak
bertanding sebab dia juga kata nak berehat, sekarang nak bertanding
balik, rakyat penatlah.
“Tapi apa yang pasti, kalau PKR letak juga Wan Azizah, PRK kali ini
akan hilang sebahagian undi sebab ramai tolak Wan Azizah, jadi kalau nak
menang, PKR kena fikirkan sesuatu untuk letak calon yang paling layak,”
ujarnya lagi.
Dipetik daripada sumber : BNBBC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment