Monday, April 06, 2015

Tuduh Kerajaan BN Zalim, Rakyat Harus Lihat Pentadbiran Di Pulau Pinang – Shahbudin

7 April 2015, Pulau Pinang : Jika rakyat sering dimomokkan oleh pembangkang kononnya kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang zalim maka seharusnya rakyat melihat dan mengkaji bagaimana pembangkang terutamanya Dap mengurus dan mentadbir Pulau Pinang.
https://pemudapenang.files.wordpress.com/2013/02/shabudin-yahya.jpg
Menurut Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya, sekiranya Dap berjaya menerajui negara ini, sudah pastilah rakyat akan lebih menderita dan langsung tidak mendapat pembelaan.

Jelas beliau lagi, Dap sering menuduh BN adalah sebuah parti yang zalim dan kejam malah melabelkan BN sebagai ‘Barang Kaik’ tetapi Dap seharusnya melihat parti mereka sendiri yang boleh dilabelkan sebagai ‘Kerajaan Caj’.

“Rakyat yang terpengaruh dan mengatakan kerajaan BN adalah kejam patut melihat dan memandang Pulau Pinang. Saya boleh bagi beberapa contoh apa yang telah dibuat oleh ‘Kerajaan Caj’ ini.

“Dahulu semasa BN menjadi pemerintah di negeri ini, caj parking hanyalah 40 sen sejam daripada 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Namun kerajaan negeri pimpinan Dap telah menaikkan caj ini kepada 60 sen malah ianya dikenakan sehingga jam 12.00 malam.

“Bukan itu sahaja, kita lihat pula caj air. Surcaj air di negeri ini dahulunya adalah termurah berbanding negeri-negeri lain tetapi jangan lupa ianya adalah diasaskan oleh kerajaan BN.

Tahun 2011 kerajaan Dap telah menaikkan kepada 24 sen dan naikkan lagi sehingga 100 peratus menjadikannya 84 sen,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau, sekali lagi rakyat dibebankan apabila tariff air pula dinaikkan 16.7 peratus.

Pembangkang katanya lagi menghasut rakyat agar membenci kerajaan pusat kerana mengenakan GST sebanyak enam peratus tetapi dalam diam mereka mengenakan caj air pada tarikh sama GST dikenakan.

“Jadi ini adalah satu penipuan kepada rakyat. Sebenarnya semasa BN memerintah dahulu, perolehan kerajaan negeri adalah kebanyakannya daripada FDI.. pelaburan asing dan dengan menyediakan peluang pekerjaan. Tetapi kerajaan Dap kini peluang pekerjaan tidaklah begitu menggalakkan dan pelabur asing pula tidak banyak yang masuk.

“Jadi bagaimana mereka mahu menampung kos pengurusan negeri maka mereka kenakan caj kepada rakyat. Rakyat di negeri ini mahu tidak mahu tidak dapat mengelak daripada membayar segala caj yang dikenakan oleh kerajaan negeri.

“Inilah satu ketidakadilan dan ketidakcekapan dalam pentadbiran Guan Eng. Sebenarnya banyak lagi perkara lain yang dikenakan caj termasuklah kadar tukar syarat tanah dan premiumnya dinaikkan malah kos tertentu dalam pembinaan juga dinaikkan dengan mendadak dan tinggi,” katanya.

Maka Shahbudin meminta rakyat untuk berfikir dan membandingkan siapakah yang kejam dan tidak membela nasib rakyat.

“Adakah rakyat mahu menerima nasib yang sama seperti penduduk di Pulau Pinang? Jadi laungan ‘tukar’ yang menjadi tredmark pembangkang itu harus dilaungkan kembali oleh rakyat Pulau Pinang kepada kerajaan pimpinan Dap,” tegasnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment