EPISOD 3
Salah satu mantera paling popular di kalangan penyokong Tun Mahathir
Mohamad ialah “Tun bukan menyerang Mohd Najib, beliau hanya bertanya
soalan dan Mohd Najib hanya perlu menjawab soalan-soalan terbabit
bukannya menyerang sejarah pentadbiran Tun Mahathir.”
Mantera ini bukan baharu kerana ia telah dipraktikkan dalam siasah
politik mengkritik pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi lebih sepuluh tahun
lalu. Namun, ketika itu tuduhan-tuduhan yang dikemukakan cukup jelas
dan memerlukan jawapan secara fakta seperti pembatalan jambatan bengkok,
pembatalan “double track” dan kontroversi ECM Libra, Avenue Capital dan
Pos Malaysia.
Malangnya, soalan-soalan Tun Mahathir terbaru mustahil untuk dijawab
kerana ia berunsur gosip dan sebahagiannya di luar kemampuan Perdana
Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menjawabnya.
Bagaimana mungkin Mohd Najib menjawab tuduhan mengenai misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Saaribu, sedangkan beliau tidak mengenali dan mengetahui mengenai mangsa.
Tun Mahathir juga membangkitkan dakwaan mengenai anak tiri Mohd Najib
Razak, Riza Aziz, yang dikatakan kaya raya melalui jalan yang tidak
betul dan menyindir sebagai terbabit dengan penyelewengan dana 1MDB.
Sudah tentu Mohd Najib tidak boleh menjawab persoalan-persoalan
mengenai Riza Aziz secara langsung kerana beliau bukanlah ada hubungan
darah pun dengan Mohd Najib. Riza Aziz juga tidak tinggal bersama Mohd
Najib.
Namun sudah banyak maklumat mengenai kerjaya dan perniagaan Riza di luar negara tetapi tidak diambil peduli oleh Tun Mahathir.
Jika kita baca soalan-soalan olen Tun Mahathir ianya hampir mustahil
dijawab kerana ia bukanlah soalan sebenar yang memerlukan jawapan. Ia
lebih kepada tuduhan-tuduhan tidak berasas yang dibuat dalam bentuk
soalan bagi mengurangkan curiga orang dan mengelak labialiti
undang-undang.
Antaranya Tun M menulis,
6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan
wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti
yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah
pembohongan.
Kita baca baca keseluruhan tulisan Tun, kita tidak jumpa sebarang
tuduhan spesifik mengenai hubungan Jho Low dengan 1MDB dan bagaimana
beliau datang kepada kesimpulan Jho Low menyeleweng wang berbilion
ringgit masih merupakan satu misteri.
Kenyataan Sarawak Report lebih kepada andaian berasaskan
dokumen-dokumen yang tidak pernah dibuktikan ketulenannya. Ia sekadar
salinan-salinan emel yang boleh jadi benar, boleh jadi salah. Namun
Perdana Menteri dan Kabinet telah mengarahkan siasatan audit secara
menyeluruh dengan diketuai oleh Ketua Audit Negara.
7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan
hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual
(dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun
terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa
terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada
1MDB setelah hutang dibayar?
Bagaimana kita mahu menjawab pertanyaan ini? Ini bukan pertanyaan, ia
hanyalah serangan politik dan perniagaan. Tun Mahathir bercakap soal
untung rugi atau penyelewengan? Jika untung rugi kita semua tahu 1MDB
memang mengalami kerugian. Ini memang tertera dalam laporan audit
syarikat terbabit.
8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah
dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di
Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini
tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.
9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal
simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya
disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca
wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.
10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada
berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB
tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan
dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi
banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin
harga pasaran.
11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah
ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di
Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.
Soalan-soalan di atas oleh Tun Mahathir bercampur-baur antara soalan yang realistik, fantasi dan penyelewengan fakta.
Misalnya, jawapan dan penerangan mengenai pelaburan dalam Petro Saudi telah pun dibuat oleh 1MDB pada Januari 2015 apabila Tun Mahathir bertanyakan soalan yang sama.
Apabila jawapan diberikan, Tun Mahathir bertanya lagi soalan yang
sama dalam bentuk yang lain. Bukankah ia menunjukkan Tun tidak berminat
dengan jawapan tetapi lebih kepada mahu menjatuhkan Najib razak dengan
apa cara sekalipun?
Malah soalan dalam para ke-9 jelas menunjukkan Dr Mahathir mendapat
maklumat yang salah. Tiada sesiapa pernah mendakwa tujuan wang disimpan
di Singapura kerana mengelakkan Bank Negara bertanya datang dari mana
wang tersebut.
Justeru soalan tersebut sebenarnya berniat jahat untuk memburukkan
1MDB dan sekaligus memberi gambaran Najib Razak terbabit dalam
penggubahan wang haram.
1MDB dan Perdana Menteri sendiri menyatakan tujuan menyimpan di
Singapura ialah bagi mengekalkan pegangan dalam Dollar Amerika Syarikat
dan memudahkan pelaburan pada masa akan datang oleh 1MDB.
Persoalan berkenaan pelaburan 1MDB dalam PetroSaudi yang ditebus
semula dan dikeluarkan dari pusat kewangan Pulau Cayman juga telah
dijawab oleh Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak kepada Parlimen.
Bagaimana Tun menyatakan Najib tidak menjawab soalan-soalan yang
ditanya?
KUALA LUMPUR: Kira-kira RM4 bilion dari dana pelaburan
1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Kepulauan Cayman telah dipindahkan
ke Bank Singapura untuk memudahkan urusan transaksi, kata Datuk Seri
Najib Tun Razak.
“Baki AS$1.103 bilion (RM4.08bil) dana pelaburan 1MDB yang diuruskan
oleh Cayman Monetory Autority telah ditebus dalam bentuk tunai dan
disimpan dalam mata wang AS oleh BSI Bank Limited Singapura (BSI
Singapura),” kata Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis kepada soalan
yang dibangkitkan oleh Tony Pua (PKR-Petaling Jaya Utara) di Dewan
Rakyat pada Rabu.
“Keputusan untuk menggunakan bank di Singapura bertujuan memudahkan
urusan pengeluaran wang memandangkan peraturan yang ditetapkan Bank
Negara Malaysia (BNM) memerlukan kelulusan BNM diperoleh bagi setiap
transaksi wang melebihi RM50 juta,” kata Najib yang juga Perdana
Menteri.
Analisis yang dilakukan terhadap soalan-soalan Tun Mahathir hanya
membawa kepada dua kesimpulan iaiatu sama ada tidak mendapat maklumat
sebenar atau sengaja memutarbelitkan fakta bagi menjatuhkan Mohd Najib.
Jika benar Tun hanya mahukan jawapan beliau boleh sahaja memanggil Najib berjumpa dengannya atau beliau pergi berjumpa Najib.
Selebihnya terbuka kepada tafsiran anda!
Disediakan oleh : EDITOR
No comments:
Post a Comment